最近,苏拉威西岛被海啸侵袭。一名被称“能引领穆斯林世界的宗教师”(本地一个宗教师“选秀”节目参与者称号)的宗教人士,在推特上的言论,即印尼伊斯兰宗教师都一致认为,海啸是因为罪恶所致,让伊斯兰成为笑柄。

2004年12月南亚海啸时,也发生类似事件。当时灾情更严重,涉及14个国家,夺去超过23万人性命,而灾情最严重的地区──亚齐,是穆斯林人口居多的灾区。

当时,许多伊斯兰宗教人士也评论海啸侵袭。荒谬的是,他们把海啸的发生归咎于亚齐社会的罪恶,并把亚齐大清真寺没被海啸摧毁,来佐证伊斯兰是真理。

以宗教诠释自然科学

与此次苏拉威西岛海啸所不同的是,这些伊斯兰宗教人士没有以同样的理由来佐证伊斯兰为真理,因为清真寺被摧毁,反而教堂屹立不倒。

类似荒谬的事,在吉兰丹2014年大水灾时也有。那时,吉兰丹州议会要讨论伊刑法课题。时任巴西马国会议员聂阿都受记者询及时就说,大水灾发生是因为吉兰丹不落实伊刑法。

每当发生自然灾害时,肯定会有一些宗教人士发表评论,导致其信仰的宗教遭人嘲笑。宗教原不是被嘲笑的,但一些宗教人士毫无根据的言论却使到其宗教遭嘲笑。

在马来西亚及许多国家,伊斯兰人士面对的一个大问题是,当他们不明白自然科学时,却援引《可兰经》和圣训来讨论自然灾害。

切实,《可兰经》第30章41节经文言:“在大陆和海洋上夺走人命的灾害,是人类的所为”。因此,那些只有肤浅自然科学知识的宗教人士就认为,自然灾害发生,是因为人们犯下不祈祷、不信奉真主、通奸、饮酒等罪行。

当他们援引经文作出不准确的评论时,他们并不知道已成了这方面专家的笑柄。特别是,他们的评论与经文的事实和意义并不相符。

从自然法则解读

伊斯兰领域的学者强调,《可兰经》在讨论神的法则时,必须从两个角度切入,即伊斯兰法则和自然法则。伊斯兰法则,如祷告、斋戒、天课税、不通奸、不饮酒等。自然法则如因果论,即水是湿的,火可燃烧等。

上述《可兰经》经文,如从伊斯兰法则框架来看,是不准确的。更正确的视角,应是从自然法则来解读。这意味著,自然灾害问题,并不是违反了真主的伊斯兰法则,而是自然的法则。

就如,当森林被砍伐后,将影响氧气和二氧化碳的循环,进而影响人类的生命;当土地被开发,表土就会流失,雨水不多也会带来破坏性的水灾。

同样地,在地球上的一些地方,处于太平洋地震带,活跃的板块移动就会带来强烈的地震。所有这些,不是宗教的法则,而是自然的法则;就如板块的激烈移动,就会对人类带来各种破坏。

在2004年海啸时,一些国家遭到严重的破坏,而亚齐是最严重的地区。众所周知,亚齐是印尼省份里,穆斯林人口居多,并且拥有强烈的伊斯兰色彩。如果认为自然灾害是因为人类的罪恶行为,那最应“受灾”的地方绝不是亚齐,而是非穆斯林国家,比如瑞典、加拿大等国。

缺乏宗教理解

同样地,在穆斯林信仰中,基督教不是真理。如果自然灾害归咎于不信奉伊斯兰,那苏拉威西面对海啸时,清真寺不应倒塌。但现实是,倒塌的是清真寺,而教堂依然屹立不倒。

宗教的到来,不仅仅是为了让人类灵魂有所寄托,也构建人类的智力。因此,宗教人士的肤浅,无关宗教,而是他们对宗教缺乏理解。宗教是严肃的,但是往往却被认为是荒谬,这不是因为宗教的本质,而是肤浅的宗教人士使然。

信仰宗教的人很多,但是,并不是很多人以知识方式来信仰。事实上,不少更是盲从的信徒。真理不一定来自宗教人士,反而许多时候只能由非宗教人士来解释。宗教应该建立在思考和知识的基础上,而不是盲从宗教人士。

《灾难时的滑稽谬论》(Kenyataan lucu ketika bencana alam)原文:

Baru-baru ini, tercetus tsunami di Sulawesi. Seorang agamawan yang digelar sebagai “Ustaz Pencetus Ummah” mengeluarkan satu status twitter yang menampilkan agama Islam seperti agama lawak, iaitu apabila dinyatakan bahawa para ulama Indonesia sepakat menyatakan bahawa tsunami itu terjadi disebabkan maksiat.

Pada Disember 2004, kejadian yang hampir sama turut berlaku. Malahan lebih teruk, kerana kejadian itu melibatkan 14 buah negara sehingga meragut lebih 230 ribu nyawa. Yang paling teruk berhadapan dengan kerosakan dan kematian adalah Acheh yang merupakan sebuah wilayah yang bilangan muslim yang agak ramai berbanding di tempat lain.

Ketika itu, ramai agamawan memberi komentar terhadap kejadian tersebut. Lebih lucu, apabila dikatakan punca kejadian tersebut disebabkan maksiat yang dilakukan oleh masyarakat Acheh. Lebih parah, kejadian itu dijadikan sandaran kebenaran agama Islam dengan melihat pada masjid besar Acheh yang tidak runtuh.

Berbeza pula dengan tsunami yang berlaku di Sulawesi pada kali ini. Tidak pula mereka berhujah kebenaran agama Islam atas alasan yang sama, kerana didapati masjid runtuh dan gereja pula tersergam gagah.

Tidak jauh beza dengan kejadian banjir besar yang menimpa Kelantan pada tahun 2014 yang lalu. Ketika itu, Dewan Undangan Negeri mahu membincangkan soal hudud. Apabila wartawan bertanya, Nik Abduh yang merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, banjir besar itu berlaku disebabkan Kelantan tidak melaksanakan hudud.

Agamawan dangkal

Setiap kali berlaku sebarang bencana alam, pasti akan ada agamawan tertentu mengeluarkan komentar sehingga melahirkan imej lucu pada agama. Agama datang bukan untuk diketawakan, tetapi agama sering diketawakan disebabkan wujud agamawan-agamawan bercakap tanpa asas.

Masalah besar pada agamawan di Malaysia, malahan dalam banyak negara, apabila mereka tidak memahami ilmu alam, lalu dibahaskan sesuatu malapetaka alam dengan disandarkan kepada al-Quran dan al-hadis.

Tidak dinafikan bahawa dalam al-Quran ada menyatakan ayat yang berbunyi, “Telah nyawa kehancuran di daratan dan di lautan berpuncakan tangan-tangan manusia” (Surah al-Rum 30 : 41). Justeru, dengan kedangkalan ilmu alam, mereka menyandarkan bahawa bencana alam berlaku dengan sebab manusia tidak beribadat, kufur, berzina, minum arak dan sebagainya.

Semasa mereka memberi komentar yang tidak tepat terhadap ayat itu, mereka tidak sedar bahawa mereka sudah dilihat sebagai “pak lawak” di mata-mata mereka yang berkepakaran. Terutama, kupasan mereka itu, hakikat dan makna ayat yang sebenar tidak sedemikian.

Hukum Alam

Para ilmuwan yang berkepakaran dalam bidang Islam menekankan bahawa al-Quran itu, apabila dibahas tentang hukum dan ketetapan tuhan, ia perlu dilihat pada dua sudut, iaitu hukum syariah (Hakimiyyah Tasyriiyyah) dan hukum alam (Hakimiyyah Kawniyyah).

Maksud dengan Hukum syariah seperti solat, puasa, zakat, tidak berzina, tidak minum arak dan sebagainya. Maksud dengan Hukum alam pula, seperti sebab-akibat: air membasah, api membakar dan sebagainya.

Ayat al-Quran yang dinyatakan di atas, tidak tepat jika dilihat dalam kerangka hukum syariah. Yang tepat, ia dilihat dalam kerangka hukum alam. Dengan makna, soal bencana alam dan malapetaka, ia bukan isu pelanggaran terhadap hukum Allah bersifat syariah, tetapi pelanggaran hukum Allah yang bersifat alam.

Ekoran itu, apabila hutan ditebang, sudah pasti akan wujud masalah pada peredaran oksigen dan karbon dioksida yang sudah pasti memberi kesan pada kehidupan manusia; apabila tanah ditarah, sudah pasti akan berlaku masalah kehilangan topsoil, yang dengan itu hujan yang sedikit pun boleh membawa kepada banjir yang merosakan.

Demikian juga dengan beberapa tempat di bumi ini, terdapat beberapa tempat yang digelar sebagai lingkaran api pasifik, yang pergerakan plat bumi yang aktif boleh mengakibatkan gegaran berskala ritchter yang agak kuat.

Semua perkara ini, ia bukan isu hukum Allah bersifat syariah, tetapi hukum Allah bersifat alam; yang jika berlaku perlanggaran dari kebiasaan, ia akan melahirkan berbagai kerosakan kepada manusia.

Tidak masuk akal

Semasa kejadian tsunami 2004 yang lalu, ada beberapa buah negara yang terkesan. Namun, dalam banyak negara yang terkesan itu, Acheh adalah wilayah yang paling teruk sekali.

Sepertimana yang diketahui umum, Acheh adalah sebuah wilayah di Indonesia yang mempunyai penduduk yang majoriti beragama Islam dan punyai pengamalan agama Islam yang agak kuat. Andai bencana alam ini berkaitan dengan dosa dan maksiat manusia, sudah pasti tempat yang “paling afdhal” tertimpa bencana alam itu bukan Acheh, tetapi negara-negara orang bukan Islam, seperti Sweden, Kanada dan sebagainya.

Demikian juga, dalam kepercayaan muslim bahawa Kristian sebagai agama yang tidak benar. Andai bencana alam adalah disebabkan tidak mengamalkan Islam, sudah pasti dalam tsunami di Sulawesi itu, masjid tidak akan runtuh. Tetapi yang berlaku, masjid yang runtuh, dan gereja pula yang tersergam gagah.

Penutup

Agama datang, bukan sekadar membetulkan jiwa-jiwa manusia, malahan hadir untuk membina daya intelektual. Ekoran itu, ketika wujud kedangkalan, hakikatnya bukan agama, tetapi kerana agamawan yang kurang pemahaman terhadap agama.

Agama ini adalah sesuatu yang serius. Tetapi, sering dianggap lucu, bukan kerana hakikat agama, tetapi kedangkalan agamawannya.

Manusia beragama cukup ramai. Tetapi, tidak ramai beragama secara pengetahuan. Bahkan, tidak sedikit beragama secara ikut-ikutan.

Kebenaran bukan mesti dari agamawan, bahkan banyak kejadian bahawa kebenaran itu hanya dapat diperjelaskan oleh bukan agamawan. Agama perlu berpijak pada berfikir dan ilmu pengetahuan, bukan taqlid buta pada agamawan.

热门新闻

阅读全文

【独家】海军彩排发生碰撞 2直升机坠毁传7人罹难

阅读全文

校门突然动不了 一看惊见巨大眼镜蛇卡住

阅读全文

【华女泼唐氏男热水】被告认罪遭法庭严惩 判监10年罚款6000

阅读全文

妻子不肯同房却能连生2娃 痴情男苦等26年才愿意离婚

阅读全文

"我们很悲痛 必调查事故原因"

阅读全文

我问她问题 她骂我BODOH

阅读全文

郭朝河:延禧攻略之GST与SST

名家

不只是政党,很多人现在还在为销售及服务税(SST)及消费税(GST)的执行优劣争执不休,彼此都抨击对方的政策导致百货齐涨...

阅读全文

Terence Fernandez:波德申补选安华不轻松

名家

当拿督斯里安华考虑重返政坛时,他曾想过让妻子,即班登国会议员兼副首相拿督斯里旺阿兹莎辞职,制造补选让他上阵。这也是许多选...

阅读全文

陈启华:公牛与车轴

名家

教育部副部长张念群特别助理陈劲晖,日前在脸书贴文以教育部是新政府上任后,最多人吐糟的部门自嘲。贴文也提出了以下几个事实:...

阅读全文

谢诗坚:我们都是“马来由”人?

八方论见

在这份“人民宪章”中第二条提出“马来亚的公民权即是一种国籍,其名称为‘马来由’(Melayu),享有公民权者即可称为‘马...

阅读全文

蓝志锋:马哈迪会否再次埋葬巫统?

名家

巫统丢失政权后,一直寻寻觅觅合作伙伴,尝试走后门重返布城。巫统不在乎合作对象的背景和路线,只要掌权,不问过程,布城最重要...

阅读全文

骆清忠:尊孔校地之争的引思

名家

随著吉隆坡高庭于8月28曰批准尊孔独中董事长拿督黄位寅要求,撤销尊孔国民型中学董事长丹斯里郑福成针对尊孔独中校地主权对他...

阅读全文

陈锦松:抢攻留学生市场无捷径

名家

马来西亚致力于要成为区域教育中心的理念从90年代开始就一直没有停止,其中中国留学生是主要的生源地之一,但近年来中国学生到...

阅读全文

余澎毅:影子内阁与制衡力量

名家

国阵上周宣布影子内阁。国阵表示,成立影子内阁的目的在于监督及制衡希盟政府。在影子内阁中,除了巫统领袖外,阵线内的马华、国...

阅读全文

孙和声:世界税制大趋势

名家

征税和用税,是古今每个国家政权不得不采取的政策。之所以,政府有各类职责得履行如国防、治安、法制等。只是,在不同的历史时期...

阅读全文

美苏颠覆他国政府 司空见惯

名家

美国总统特朗普的总统大选竞选主任马纳福特,因为“通俄门事件”(指俄罗斯的情报部门与特朗普的竞选团队勾结,通过抹黑民主党总...