對話能避免偏見
對話能避免偏見

對話能避免偏見

評論 / 名家

最後更新 2018年09月12日 13时22分 • 評論: 萬吉 • 大同世界

《可蘭經》2章216節表示,有時我們不喜歡的東西,對我們是好的。有時候,我們喜歡的東西,對我們來說是不好的。當然,真主更清楚我們所不知道的事情。以阿拉這些聖言,我試圖瞭解在社交媒體上引起爭議的統考問題背後之道理,尤其在希盟執政後的政治論述。

在統考爭議事件上,讓我對具有強烈愛國精神華裔友人更瞭解。以前,我對華社文化的認識僅僅來自服裝。但現在,我對華社的瞭解,擴大到文化和友誼精神層面。

統考問題背後出現的政治遊戲,令我感到不安,尤其看到兩種極端看法,帶著族群的標誌時:馬來人對華人。雙方似乎無法找到共同點。我更擔憂的是,看到有人開始質疑同胞的愛國精神。

作為一個曾在巴基斯坦和埃及受教育者,我發現那裡的社會雖是同一個民族和同一個宗教,但衝突不斷,甚至互相殺害。就因為彼此在宗教和政治意識上有所不同,彼此互相指責。

继续阅读,请往下滑

相關新聞

相關新聞

對話交流化解分歧

我在這兩個國家的經歷,希望不會發生在馬來西亞。身為馬來人,我不應仇視也是馬來西亞公民的印裔、華裔、卡達山人和伊班人等,同理其他族人也不應仇視我或馬來人。

在我看來,所有公民不分種族、宗教和膚色,都需要準備好發展這個國家,而不是製造一種令人沮喪的偏見,毀掉這國家。

來自毛里塔尼亞著名宗教學者阿都拉巴雅(Abdullah bin Bayyah)就時常倡議對話交流。我相信通過對話交流,能解決分歧,尤其從我個人的經驗而言,我曾對基督徒社群充滿敵意。然而,當我受邀請與基督徒朋友對話時,我對他們的偏見就消失了。

因此,在日益僵化的統考課題上,我採取了對話的方式。我參與了馬大學生組織主辦的論壇,並與林連玉基金會及董總接觸和交流。

雖然場上,只有我一個馬來人,但對話會上,我並沒覺得自己被孤立。我覺得,我是他們的一分子。他們很開心的回答我的問題。他們對我的態度非常友好,這不禁令我心酸,為何他們的愛國精神遭到質疑。

有趣的是,當我回到家時,接到其中一位與會者通過社交媒體Whatsapp,傳達謝意。這樣的經歷,是我與同族馬來人交往時不曾遇過的。在我看來,這種文化在馬來社會中並不看重,但對華社而言,卻是另一回事。我如此認為,因為我不止一次遇到這種情況,在我多次出席涉及華裔朋友的活動時,他們也會這樣做。為何如此,只有阿拉知道。

對伊斯蘭認識粗糙

在對話中,我提出了許多意見,也獲得良好的反響。但是,有些事情引起我關注,因為這涉及我的生活經歷。其中令我關注的事,甚至我把這體會與他們分享,那就是我剛從al-Azhar大學回來的時候。有一天家裡的空調壞了,來了兩個華裔維修工人。我視他們為客人,準備了三杯茶和一些糕點。

在他們修理好後,我請他們坐下喝茶吃糕點,但他們猶豫不決。他們告訴我,之前沒受過這樣招待。一般也只是提供盒裝水或鋁罐裝飲料。我解釋,我是馬來穆斯林,我所學的伊斯蘭,從未教導對不同宗教歧視,更不必說因為不同種族和文化,而歧視之。

實際上,對非信徒的歧視行為,是源於馬來社會的伊斯蘭實踐,與先知教導的伊斯蘭實踐大不相同。前者認為,吃豬肉的非穆斯林所使用過的杯盤,不能再使用。這與聖訓相反,後者認為使用這些杯盤並沒有問題,而且也只需一般清洗,就如用餐後,清洗骯髒的杯盤般。

令人不解的是,有一些馬來人認為不可與非穆斯林共用杯盤,但他們常愛去用餐的嘛嘛檔裡,其杯盤也是吃豬肉的非穆斯林用過的。

是的,這不是伊斯蘭的問題,而是少數馬來人對伊斯蘭的膚淺認識所致。這種膚淺,使伊斯蘭遠離了非馬來人社會。

在雪州格拉納再也,我也遇過如此的事,一名在店內一角賣炒粿條的華裔阿姨,我肯定其不是穆斯林,但其炒粿條非常香。

有一天,我和馬來穆斯林朋友一起去了那裡用餐,我叫了一盤炒粿條,馬來穆斯林友人奇怪地看著我,他們問,這清真嗎?我答說,伊斯蘭禁止豬肉,但阿姨的炒粿條只炒鮮蚶,沒有豬。所以,為何說這非清真?

受聶阿茲影響

他們再問,這可是非穆斯林炒的。我反問,先知是在叔叔阿布塔利家裡長大的,阿布塔利不是穆斯林。因此,先知在叔叔家吃的食物是非清真嗎?同樣,先知曾吃過一塊由猶太女子烹煮的羊肉,也吃過由信奉基督教的Najran社區提供的奶酪,試問先知是否做了違教規的事?

這個問題,我的馬來穆斯林友人無法回答。因此,我得出結論認為,我國馬來穆斯林社會的最大問題不是因為伊斯蘭,而是他們在錯誤的框架內瞭解伊斯蘭。結果,穆斯林以宗教為由對馬來西亞的非穆斯林產生偏見。

當我還是孩童時,聶阿茲(已故伊黨精神領袖)給予我很大影響。我選擇在巴基斯坦和埃及深造,就是因為這兩個國家是聶阿茲求知的地方。此外,聶阿茲也經常提到,他對華社的欽佩,以至在他任吉蘭丹大臣時,州政府撥款建設具中國風格的清真寺。他還提到,希望有一天,華人能出任我國首相,前提是他是一名穆斯林。他的理由是華人是一個勤奮的民族,能夠很好地發展國家經濟。

我有時會想,為什麼聶老當年這麼說?也許他是有意的,因為他想讓像我這樣的人,消除對馬來西亞華人的偏見,或者要馬來人從華人態度中學到一些好的東西,進而確保這個國家進步。

《對話能避免偏見》(Dialog Untuk Hindari Prejudis )原文:

Al-Quran ada menyatakan, kadangkala ada perkara yang kita tidak suka, ia baik bagi kita. Dan kadangkala, ada perkara yang kita suka, ia tidak baik bagi kita. Sesungguhnya Allah itu lebih tahu pada perkara yang kita tidak tahu (Surah al-Baqarah 2: 216) 
 
Dengan firman Allah itu, saya cuba mencari hikmah di sebalik isu UEC yang menjadi perbincangan tajam dalam media sosial, terutama dalam wacana politik pasca Pakatan Harapan memerintah Malaysia. 
 
Dengan kejadian itu, saya semakin mengenali rakan-rakan berbangsa cina yang mempunyai semangat patriotik Malaysia yang agak kuat. Sebelum ini, pengetahuan saya tentang budaya masyarakat Cina hanya dari sudut pakaian. Namun kini, sudah melebar kepada mengetahui budaya dan semangat setia kawan mereka. 
 
Isu UEC yang wujud permainan politik di sebaliknya ternyata menggerunkan saya. Iaitu, apabila kelihatan dua kalangan yang ekstrim yang membawa bendera bangsa; Melayu dan Cina. Setiap pihak, seperti tidak dapat dicari titik kesamaan. Lebih saya takut, apabila saya dapat lihat ada pihak mula mempertikaikan semangat patriotik sesama warganegara. 
 
Sebagai orang yang mendapat pendidikan dari dua negara luar; Pakistan dan Mesir, saya dapati masyarakat di sana saling bertembung, malahan berbunuh-bunuhan, walhal mereka satu bangsa dan satu agama. Perbezaan, hanya kerana mazhab dan aliran pemikiran politik, tetapi di atas mimbar jumaat, satu pihak menuduh kafir kepada pihak yang lain, demikian juga sebaliknya. 
 
Pengalaman berada di dua negara ini, saya amat berharap agar ia tidak berlaku di negara ini. Saya berbangsa Melayu, tidak wajar memusuhi bangsa India, Cina, Kadazan dan Iban yang merupakan sesama warganegara, demikian juga bangsa lain terhadap saya yang berbangsa Melayu. 
 
Pada saya, semua individu warganegara tidak kira apa bangsa, anutan agama dan warna kulit; semua pihak perlu ada kesediaan untuk membangunkan negara ini, bukan saling mewujudkan prejudis yang boleh menghancurkan. 
 
LAWATAN 
 
Saya percaya dengan amalan dialog. Perkara ini sering menjadi pesanan seorang ulama terkenal bernama Dr Abdullah bin Bayyah yang berasal dari Mauritania. Terutama, dari sudut pengalaman, saya pernah memusuhi masyarakat beragama kristian. Namun, prejudis saya terhadap penganut agama itu hilang, apabila saya dijemput hadir berdialog dengan rakan-rakan yang beragama kristian. 
 
Justeru, isu UEC yang agak ketat ini, saya mengambil pendekatan dialog. Saya hadir dalam forum di UM anjuran persatuan pelajar, dan membuat hubungan dan berdialog bersama teman-teman LLG Cultural Development Centre bertempat di Jalan Maharajalela dan Ibu Pejabat Dong Zong bertempat di Kajang. 
 
Walaupun saya seorang sahaja berbangsa melayu, tetapi pertemuan kami itu, saya tidak merasakan saya seperti golongan yang terasing bagi mereka. Saya merasakan, saya sebilangan dari keluarga mereka. Mereka meraikan dan menjawab segala persoalan saya dengan baik. Hati saya terdetik, mengapa semangat patriotik mereka dipertikaikan, sedangkan mereka mempunyai sikap yang begitu baik dengan saya. 
 
Menariknya lagi, apabila saya pulang, akan ada satu pesanan whatsapp dari salah seorang dari mereka yang mengucapkan terima kasih. Perkara ini, tidak pernah saya dapat dari pengalaman berkawan dengan rakan-rakan sebangsa dengan saya. Pada saya, budaya ini tidaklah dianggap serius dalam masyarakat melayu, tetapi kemungkinan ia dianggap penting bagi mereka yang berbudaya cina. Saya beranggapan begitu, kerana bukan sekali, malahan agak banyak kali juga saya hadir sebarang program melibatkan kawan-kawan berbangsa cina, mereka akan lakukan perkara yang sama. Allah sahaja lebih mengetahu. 
 
DIALOG 
 
Dalam dialog, banyak perkara yang saya bangkitkan dan mereka memberikan jawapan dengan baik. Namun, ada beberapa perkara yang menarik minat untuk saya ambil perhatian. Itupun, kerana ia melibatkan pengalaman hidup saya sendiri. 
 
Antara yang menarik minat saya, malah saya kongsikan pengalaman itu dengan mereka, iaitu semasa saya baru pulang dari belajar dari al-Azhar. Iaitu, suatu hari penghawa dingin di rumah saya rosak. Dua orang tukang baiki dari bangsa cina telah datang ke rumah saya. Saya menyediakan tiga gelas teh dan sedikit kuih untuk dihidangkan kepada mereka anggap sebagai tetamu. 
 
Setelah mereka siap membaiki, saya jemput mereka minum. Semasa mereka duduk, mereka seperti teragak-agak untuk menjamah kuih dan minuman yang disediakan. Saya bertanya, mereka memberitahu bahawa mereka tidak pernah diberikan layanan sebegitu sebelum ini. Andai mereka diberikan hidangan, selalunya hanya air kotak atau air tin sahaja. 
 
Saya menjelaskan bahawa saya seorang berbangsa Melayu yang beragama Islam. Islam yang saya belajar, tidak pernah ajar diskriminasi keagamaan terhadap kalangan yang berbeza anutan agama, jauh sekali berbeza bangsa dan budaya. 
 
Sebenarnya, kepercayaan ini lahir ekoran dari amalan Islam yang diamalkan oleh masyarakat Melayu yang jauh berbeza dengan amalan islam yang diajar oleh Nabi. Pada mereka, pinggan dan gelas yang digunakan oleh orang bukan Islam yang makan babi, tidak boleh digunakan. Ini ternyata berbeza dengan hadis yang menyatakan tidak salah digunakan pinggan dan gelas tersebut. Yang disuruh basuh itu, hanya basuh biasa, sepertimana dibasuh pinggan dan gelas yang kotor selepas digunakan. 
 
Peliknya, ada sebilangan orang Melayu tertentu berfikiran begitu, sedangkan dalam masa yang sama, mereka selalu makan dan minum di kedai mamak, yang pinggan dan gelas itu digunakan juga oleh non muslim yang makan babi. 
 
Ya, ini bukan isu Islam, tetapi kedangkalan sebilangan kecil masyarakat melayu terhadap Islam. Kedangkalan itu, menjadikan Islam dilihat agama yang jauh dari masyarakat selain Melayu. 
 
MASAKAN 
 
Saya turut berkongsi cerita bahawa di Kelana jaya, ada seorang mak cik berbangsa Cina dan saya yakin tidak beragama Islam yang beliau masak kuey teow goreng agak sedap. Dia hanya ambil satu lot memasak dalam sebuah kedai mamak. 
 
Suatu hari, saya ke sana bersama dengan rakan-rakan muslim Melayu yang lain. Saya meminta sepinggan kuey teow goreng masakan makcik Cina itu, tetapi dilihat ganjil oleh rakan-rakan muslim melayu saya yang lain. Mereka tanya, apakah ia halal? 
 
Saya menjawab, bahawa Islam haramkan babi. Makcik itu masak kuey teow goreng kerang sahaja, tak ada babi dalam tu. Jadi, kenapa pula nak kata haram? 
 
Mereka bertanya lagi, bahawa masakan itu dimasak oleh orang bukan Islam. Saya menjawab dengan satu persoalan, bahawa Nabi saw dibesarkan dalam rumah bapa saudaranya yang bernama Abu Talib yang tidak beragama Islam. Justeru, apakah Nabi saw makan masakan di rumah Abu Talib itu haram? 
 
Demikian juga, Nabi saw pernah dihadiahkan daging kambing yang telah dimasak oleh seorang perempuan Yahudi. Nabi saw makan daging itu. Nabi juga pernah diberikan hadiah keju dari masyarakat Najran yang beragama Kristian, dan Baginda saw makan keju itu. Persoalannya, apakah Nabi saw melakukan perkara yang haram? 
 
Persoalan tersebut, tidak dapat dijawab oleh rakan-rakan muslim Melayu saya. Justeru, saya simpulkan bahawa masalah besar yang berlaku dalam masyarakat melayu muslim di Malaysia bukan kerana agama Islam, tetapi cara mereka memahami islam dalam kerangka yang salah. Kesannya, melahirkan prejudis muslim terhadap non muslim di Malaysia atas alasan agama. 
 
PENUTUP 
 
Semasa saya kecil dahulu, ketokohan Tok Guru Nik Abdul Aziz amat memberi kesan pada hidup saya. Dengan demikian, saya memilih untuk belajar di Pakistan dan Mesir, kerana kedua-dua negara ini adalah tempat Tok Guru mendapat ilmu. 
 
Antara perkara yang banyak memberi kesan pada hidup saya, apabila beliau sering kali menyatakan kekaguman beliau terhadap masyarakat Cina, sehinggakan kerajaan Kelantan dalam era pemerintahan beliau pernah meluluskan peruntukan untuk membuat masjid yang bercirikan senibina dan budaya Cina. 
 
Beliau juga kerap kali menyebut bahawa beliau berharap suatu masa nanti, ada Perdana Menteri di Malaysia berbangsa Cina, asalkan beragama Islam. Alasan beliau, bangsa Cina adalah bangsa yang rajin bekerja dan mampu membangunkan ekonomi negara dengan baik. 
 
Saya kadangkala berfikir, mengapa Tuan Guru Nik Abdul Aziz dahulu sering mengungkap begitu? Mungkin sengaja diungkap begitu kerana beliau mahu mengajar orang seperti saya agar hapuskan prejudis terhadap bangsa Cina di Malaysia atau orang Melayu seperti saya perlu belajar sesuatu yang baik dari sikap bangsa Cina, andai mahu memastikan negara ini boleh maju berbanding negara lain. 

萬吉

萬吉
大同工作室(SAUDARA)學術主任

熱門新聞

更多評論

更多

改朝還未成功

22日 • 約10小时前

請讓子彈飛

22日 • 約10小时前

示意圖

沒有不勞而獲致富方式

22日 • 約10小时前

種族主義跟種族之間的距離

22日 • 約10小时前

【時評】反對童婚

22日 • 約10小时前

從巫伊聯盟看扎希應對

21日 • 一天前

火箭別讓華社太沉重!

21日 • 一天前

一起繞著柱子團團轉

21日 • 一天前

关闭