在伊斯兰世界,印度宗教司扎基尔医生(Dr.Zakir Naik)的名字并不陌生。他因宗教间的辩论而著名。他从伊斯兰立场,回应兴都教和基督教的论点而闻名。许多穆斯林赞扬他辩论的口才。更重要的是,他强大的记忆力,能够引经据典,比较伊斯兰、兴都教和基督教经文的内容。

虽然,扎基尔并不是毕业自伊斯兰研究,但这名医生却是一名受到许多穆斯林尊敬的伊斯兰学者。当然他提出的许多论点,也遭到非议,这些非议不仅来自非穆斯林,也有来自穆斯林的学者。

谁是扎基尔?

最近,掌管伊斯兰事务的首相署部长慕扎希与扎基尔会面,引发了议论,因为许多人认为这显示部长对扎基尔转态。此前,部长声称扎基尔的传教方式不适合马来西亚人。对慕扎希接见来自远方印度的传教士,不满的声音来自兴都教社会,也包括一小部份穆斯林自由主义者。

扎基尔全名是Zakir Abdul Karim Naik,是著名伊斯兰传教士,1965年10月18日出生于印度孟买。他成立了一个专注研究伊斯兰的伊斯兰研究基金会(IRF),并在印度孟买拥有一家名为“和平”的电视台。

据报导,在2017年,印度政府指责扎基尔涉及恐怖主义组织网络,甚至以指责他煽动年轻人作出恐怖主义行为为理由,撤回其护照。根据印度国家调查局的一份报告,他们对扎基尔发出了三次逮捕令。

不过,扎基尔获得马来西亚的庇护,并且可以在我国自由行动。2017年11月时,报导指,时任副首相阿末扎希指出,扎基尔在5年前已获得马来西亚永久居民身份。

此外,扎基尔在我国的存在,也获得政府的间接认可。2013年11月5日,扎基尔获得时任国家元首端姑阿都哈林于布城颁受伊斯兰领袖奖(Tokoh Maal Hijrah)。该奖项是基于扎基尔对伊斯兰在国际上的发展有巨大贡献而颁发。

然而,在希盟执政之初,慕扎希曾表明,扎基尔的宣教方式不适合马来西亚的人民。部长的声明得到了一些民众的支持,尤其是兴都社会和一些自由派穆斯林。

在2018年7月,首相马哈迪保证,扎基尔不会被遣送回其祖国──印度,尽管印度政府指控他涉嫌参与恐怖主义而通缉他。首相也强调,只要扎基尔没有违反我国条例,这些保证将有效。

恐怖主义指控

扎基尔的传教方式,不是通过对话,而是通过辩论。在辩论中,他的方法就是反击对手的论点。如果他的对手是基督徒,他就会提出一千个论据来反击基督教的论点,无论是从文本的角度,还是从逻辑的角度。同样,他对兴都教的态度,甚至对一些穆斯林教派,如什叶派教徒,亦如此。

扎基尔遭到许多西方媒体指控,指他在印度,巴基斯坦和孟加拉从事恐怖主义活动。虽然这些指控仍然模糊不清,但他被印度政府以“散布宗教仇恨”和“扰乱社会和宗教和谐”提控。

不仅是他,他领导的机构──IRF也被指控涉嫌参与恐怖活动。因此,2017年时,印度政府冻结该机构运作。由于这些指控,他被一些国家,如英国和加拿大,禁止入境。

遭编辑视频陷害

根据扎基尔的说法,他被指控涉及恐怖主义,源自一个经剪接后让人误解的视频。在原本的视频中,他谈及恐怖主义的定义时说:“恐怖主义是进行恐怖活动的人。”

他举了一个例子:“一个小偷看见了警察后,他吓坏了。所以,对于小偷来说,警察是‘恐怖分子’。这是我从《印度时报》的一篇文章中获得的例子,该文章就指Angre警长是商业世界的恐怖分子。在这样脉络下,每个穆斯林都必须成为反社会分子的‘恐怖分子’(也就是说,穆斯林必须反击罪恶)。”

与此同时,他解释了真正恐怖主义的含义。他说:“对无辜人民实施恐怖活动的人。因此,在这种情况下,任何穆斯林都不应成为恐怖分子。伊斯兰是禁止这样做的。”他曾说,“伊斯兰谴责一切恐怖主义行为。伊斯兰谴责滥杀无辜者。”

然而,有关的视频被不负责任人士扭曲原意下编辑和传播,即突出有关“每个穆斯林必须是恐怖分子”的字样。这导致他被印度政府通缉,也被数国禁入境。

观察他在讲座上谈及恐怖主义时,可发现他对恐怖主义抨击,立场非常一致。他曾解释,伊斯兰反对任何的恐怖主义行为,并引用《可兰经》经文指杀一个人的罪行,就像杀害所有人类。因此,他也不认同恐怖主义如人肉炸弹的做法。

从以上的评论中,可以得出如下结论:首先,扎基尔是印度的伊斯兰传教士,因其演讲的口才而闻名世界。

其次,由于他以辩论方式来传教,所以在他的许多演讲中,与他不同宗教的观点,都会遭到反击。这些反击观点,不仅针对兴都教和基督教,也包括穆斯林,特别是什叶派的宗教观点。

第三,扎基尔的传教方式,引起许多兴都教徒、基督徒和什叶派,甚至亲什叶派的逊尼派不满。因此,他们会相信,扎基尔那些被剪接至违反原意的演讲视频。

第四,从认知上,认为他和所领导的组织涉及恐怖主义议程,使他面对著苦果,如被视为违反印度法律,被印度政府追捕,以及遭到数个国家禁止入境。

第五,在国阵执政时,扎基尔就获得我国政府的庇护,并且,希盟政府也保证,只要他没有违反本国法律,他可在我国生活。

《宗教司扎基尔争议》(Di Sebalik Kontroversi Dr.Zakir Naik)原文:

Dalam dunia Islam, nama Dr.Zakir Naik tidak asing lagi. Beliau amat dikenali dengan debat antara agama. Dengan berpihak kepada agama Islam, beliau amat terkenal dengan menjawab hujah-hujah dari pihak agama Hindu dan Kristian.

Ramai muslim memuji kepetahan beliau berdebat. Apatah lagi, daya ingatan beliau yang kuat – berkemampuan mengemukakan perbandingan antara kandungan kitab suci Islam, Hindu dan Kristian, dengan disertakan rujukan ayat dan surah.

Walaupun tidak memiliki pendidikan dalam pengajian Islam, doktor perubatan tersebut dihormati ramai tokoh ilmuwan muslim, tanpa dinafikan banyak hujah yang dikemukakan beliau mendapat kritikan -- bukan dari non-muslim sahaja, malah dari kalangan ilmuwan-ilmuwan muslim.

Baru-baru ini, Datuk Dr.Mujahid Yusof Rawa mengadakan pertemuan dengan beliau. Ia mencetuskan pertikaian dalam masyarakat, kerana ramai menganggap Menteri Jabatan Perdana Menteri (Agama) itu melakukan “U-Turn” dalam mengambil sikap terhadap Dr. Zakir Naik. Sebelum ini, beliau mengeluarkan kenyataan bahawa pendekatan dakwah Dr. Zakir Naik tidak sesuai dengan rakyat Malaysia.

Dari jauh kedengaran suara yang tidak berpuas hati terhadap tindakan Menteri Agama yang bertemu dengan pendakwah yang berasal dari India itu, terutamanya sebilangan dari masyarakat Hindu, dan tidak ketinggalan juga sebilangan kecil dari muslim liberal.

Siapa Zakir Naik?

Dr.Zakir Naik atau nama penuh beliau, Zakir Abdul Karim Naik merupakan salah seorang pendakwah terkenal - dilahirkan di Mumbai, India pada 18 Oktober 1965. Beliau telah menubuhkan sebuah badan yang memfokuskan kajian – Islam Research Foundation (IRF) yang memiliki Siaran Peace TV, di Mumbai, India.

Pada 2017 yang lalu, dilaporkan bahawa kerajaan India telah menarik passport beliau●1 dengan alasan, kononnya beliau terlibat dengan jaringan terroris, malah dituduh bahawa ceramah beliau menghasut anak muda untuk melakukan aksi pengganasan. Menurut laporan Badan Investigasi Nasional India, sudah tiga kali pihak mereka mengeluarkan perintah penangkapan terhadap beliau●2.

Pun begitu, beliau mendapat suaka di Malaysia, dan bebas bergerak di negara ini. Malah didapati bahawa beliau sering kelihatan menunaikan solat jumaat di Masjid Putra, Putrajaya. Lebih jelas lagi, pada November 2017, dilaporkan bahawa Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Zahid Hamidi menyatakan bahawa Dr.Zakir Naik telah mendapat status penduduk tetap di Malaysia sejak lima tahun yang lalu lagi●3.

Lebih jauh lagi, didapati kewujudan Dr.Zakir Naik di Malaysia mendapat pengiktirafan secara tidak langsung dari pentadbiran negara. Ini dibuktikan, pada 5 November 2013, Dr.Zakir Naik telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah di peringkat kebangsaan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bertempat di di Dewan Plenari, PICC, Putrajaya. Anugerah tersebut diberikan atas sumbangan besar beliau kepada perkembangan Islam di peringkat antarabangsa.

Pun begitu, di awal pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan, Menteri Agama, Dr.Mujahid menyatakan bahawa pendekatan dakwah Dr.Zakir Naik tidak sesuai dengan konteks rakyat Malaysia. Kenyataan beliau itu mendapat sokongan di kalangan warganegara, terutama dari kalangan masyarakat Hindu dan sebilangan muslim liberal.

Pada Julai 2018, Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir memberi jaminan bahawa Zakir Naik tidak akan dihantar ke negara asal beliau – India, walaupun beliau sedang diburu oleh kerajaan India atas dakwaan, kononnya terlibat dengan gerakan terorisme. Dalam pada itu, Perdana Menteri menegaskan, jaminan itu diberikan kepada beliau selagi tidak melanggar peraturan negara●4.

Pendekatan Dakwah

Dalam satu wawancara, Zakir Naik menyatakan bahawa di peringkat awal, beliau fokus dalam bidang perubatan. Namun, selepas berjumpa dengan seorang pendakwah yang terkenal dengan ilmu pembandingan agama, Syaikh Ahmad Deedat pada tahun 1991, beliau mula  berminat dalam bidang Islam. Lama-kelamaan, beliau menggiatkan diri dalam bidang dakwah dan meninggalkan kerjayanya sebagai seorang doktor perubatan●5.

Pendekatan beliau bukan dialog, tetapi lebih kepada debat. Apabila disebut debat, sudah pasti pendekatan beliau adalah mematahkan hujah lawan. Jika lawan debatnya adalah Kristian, sudah pasti dia akan mengemukakan seribu satu hujah untuk mematahkan hujah Kristian, sama ada dari sudut teks, mahupun  dari sudut logik. Demikian juga pendekatan beliau terhadap agama Hindu, malah terhadap beberapa kalangan muslim, seperti Syiah.

Dalam kalangan muslim, ada pihak menuduh beliau sebagai penganut aliran Wahabi. Dengan sebab itu, kita akan dapati bahawa kebiasaan musuh beliau dari kalangan muslim - antaranya kalangan Syiah dan aliran Asya’irah yang amat anti kepada Wahabi.

Andai dari kalangan muslim pun ada yang memusuhi beliau, makanya tidak hairan beliau turut dimusuhi sebilangan penganut Hindu dan penganut Kristian. Apatah lagi, dua agama ini boleh dikatakan sasaran kritikan beliau dalam banyak ucapan dan ceramah beliau.

Tuduhan Terorisme

Zakir Naik mendapat tuduhan dari banyak media Barat, kononnya seorang yang menyeru kepada terorisme - dituduh terlibat dalam amalan terror yang berlaku di India, Pakistan dan Bangladesh. Walaupun dakwaan itu masih kabur, beliau telah didakwa oleh kerajaan India sebagai melanggar undang-undang negara berkenaan aktiviti “menyebarkan permusuhan atas dasar agama” dan “menganggu harmoni sosial dan keagamaan”●6.

Bukan sekadar beliau, malah badan yang dikelolakan beliau - IRF telah dituduh, kononnya terlibat dengan terorisme●7. Dengan itu, pada tahun 2017, kerajaan India telah membekukan organisasi tersebut untuk lima tahun●8.
Kesan dari tuduhan tersebut, beliau dihalang masuk ke beberapa buah negara, seperti Britain dan Kanada.

Menurut ceritanya, asal tuduhan beliau sebagai terorisme adalah dari satu video yang dipotong sehingga melahirkan kesalahan pemahaman – difahami dalam konteks yang salah. Dalam video yang tanpa edit, beliau membahaskan definisi terorisme – kata beliau: “Terorisme adalah orang yang melakukan amalan terror”.

Beliau mendatangkan contoh: “Seseorang pencuri melihat polis, lalu dia ketakutan. Jadi, bagi pencuri tersebut, polis itu adalah teroris. Dan ini, aku ambil dari salah satu artikel di Times of India, bahawa Inspektor Angre adalah teroris bagi dunia penjenayahan.”

“Dari konteks ini, setiap muslim haruslah menjadi teroris bagi elemen anti-sosial (Maksudnya, muslim harus melawan penjenayahan).”

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan bahawa maksud terorisme yang sebenar. Kata beliau: “Orang yang melakukan amalan terror terhadap orang yang tidak bersalah. Justeru, dalam konteks ini, tidak boleh ada seorang muslim pun menjadi teroris. Ini dilarang dalam Islam.”

Dalam ucapan yang lain, beliau terang-terang berkata, “Islam mengutuk segala tindakan terorisme. Islam mengutuk pembunuhan orang yang tidak bersalah.●9”

Namun begitu, video yang panjang itu telah diedit dan disebarkan secara tidak bertanggungjawab, dengan hanya mengambil separuh sahaja – dengan menukilkan dalam konteks yang salah, iaitu pada perkataan: “Setiap muslim haruslah menjadi teroris.”

Kesan dari edit video yang disebarkan tersebut, menyebabkan beliau menjadi mangsa tuduhan sehingga beliau mahu ditangkap oleh pihak kerajaan India, malah diharamkan masuk ke beberapa buah negara.

Apabila dilihat syarahan beliau berkenaan pengganasan, didapati beliau amat konsisten dalam menyerang pendekatan terorisme ini. Antaranya, apabila beliau menjawab seorang wanita dari India berkenaan amalan pengganasan, beliau menjelaskan bahawa Islam menolak sebarang amalan terorisme, malah berhujah dengan memetik ayat al-Quran –Surah al-Maidah 5:32-menyatakan celaan terhadap orang yang membunuh seseorang manusia, sama seperti membunuh semua manusia.
Dalam kupasan beliau, dijelaskan yang dimaksudkan larangan dibunuh itu, sama ada muslim, mahupun non-muslim. Lebih pada itu, beliau menjelaskan juga, seseorang yang menyelamatkan sesuatu nyawa, seakan-akan dia telah menyelamatkan semua nyawa manusia. Dengan itu, beliau menolak amalan terorisme seperti amalan bom berani mati●10.

Penutup

Dari ulasan ini, dapat disimpulkan seperti berikut:Pertama, Dr.Zakir Naik seorang pendakwah dari negara India dan terkenal di seantero dunia kerana kepetahan pidato beliau.

Kedua, memandangkan pendekatan beliau adalah debat, makanya tidak hairan dalam banyak pidato beliau, pandangan-pandangan agama yang berbeza dengan beliau dikritik dalam bentuk mematah hujah. Kritikan itu bukan sekadar tertumpu pada agama Hindu dan Kristian, malah terhadap pandangan agama dalam kalangan muslim, terutama dalam kalangan masyarakat Syiah.

Ketiga, kesan dari pendekatan itu, menyebabkan ramai pihak dari kalangan Hindu, Kristian dan Syiah, malah Sunni yang pro-Syiah yang tidak selesa dengan beliau. Dengan itu, video ucapan beliau yang diedit sehingga menyalahi konteks sebenar mudah diterima dan dipercayai dari kalangan mereka.

Keempat, dari persepsi kononnya beliau dan badan yang beliau kelolakan terlibat dengan agenda terorisme menjadikan beliau menerima beberapa kesan, seperti dianggap melanggar undang-undang di India, mahu ditangkap oleh kerajaan India dan dihalang masuk kebeberapa buah negara.

Kelima, kini beliau mendapat suaka dari kerajaan Malaysia sejak pemerintakan BN, dan kerajaan PH pula menjamin keberadaan beliau dalam negara selagi beliau tidak melanggar undang-undang negara ini.

备注

1.https://www.cnnindonesia.com/internasional/20170719192011-113-229018/paspor-zakir-naik-dicabut-karena-dugaan-terorisme
2.https://news.detik.com/internasional/3567093/cabut-paspor-zakir-naik-ini-alasan-pemerintah-india
3.https://www.merdeka.com/dunia/jadi-tersangka-terorisme-di-india-zakir-naik-sembunyi-di-malaysia.html
4.https://news.detik.com/internasional/4111978/zakir-naik-saya-utang-budi-pada-malaysia-tak-akan-langgar-hukum
5.https://news.detik.com/berita/3484621/tuduhan-teroris-dan-cerita-zakir-naik-tinggalkan-india
6.https://tirto.id/negara-negara-yang-melarang-zakir-naik-cmjJ
7.https://www.cnnindonesia.com/internasional/20170719192011-113-229018/paspor-zakir-naik-dicabut-karena-dugaan-terorisme
8.https://tirto.id/negara-negara-yang-melarang-zakir-naik-cmjJ
9.https://www.youtube.com/watch?v=t7nKb7rNuTQ
10.https://www.youtube.com/watch?v=QxJE0Ut3w3A

热门新闻

阅读全文

不是遭泼热水烫伤? 唐氏男家属:是化学液体

阅读全文

升降机内望女子两眼 唐氏男突遭泼热水烫伤

阅读全文
示意图

人夫死后留下许多遗产 小三竟用冷冻胚胎产子争产

阅读全文
摩哆损毁不堪。

狮城休旅车爆胎停紧急车道  摩哆骑士刹车不及猛撞身亡

阅读全文

唐氏男望女子两眼 遭泼热水烫伤

阅读全文

预先体验死亡 生前告别不留憾

阅读全文

郭碧融:努鲁依莎何错之有?

东方文荟

依据希盟的大选宣言,国会公共账目委员会主席一职应由在野党的议员出任。所以,当原属巫统议员的公账会主席罗纳建迪跳槽至土著团...

阅读全文

【东方文荟】郑至健:大马还需要工会吗?

东方文荟

个体独行的工人总在资本家和大企业家面前显得力量单薄,但团结一致的工人们可就不一样了。工会正是为了捍卫工人的权利而试图团结...

阅读全文

【东方文荟】邱维斌:永远怀念儒商元老陈春德

东方文荟

2018年12月21日,传来我们尊敬的永久名誉顾问陈春德局绅(也是马来西亚儒商协会第一任会长云里风)与世长辞的噩耗,十分...

阅读全文
云里风

【东方文荟】叶蕾:我最尊敬的作协会长——悼念云里风先生

东方文荟

2018年12月7日,我随外子陈政欣到印尼参加微型小说研讨会,在机场等待印尼作家协会主办当局派来接机的文友时,看到不远处...

阅读全文

林艾萱:妈妈不是全能“哆啦A梦”

东方文荟

最近,在日本发生一宗令人惋惜的“亲生母亲摔死次子”案。故事是一名30岁的全职妈妈,长期照顾三胞胎,在没有人帮忙下,24小...

阅读全文
乔治市成为世界文化遗产后,促进槟州文化旅游业快速成长,也为社区发展 带来了变数和挑战。图为乔治市老街区。

【东方文荟】潘怡洁:2030永续发展

东方文荟

去年,槟州首长推介公告了《槟城2030》愿景,揭示州政府往后十年将著力的几个重要政策焦点,包括提升宜居性和家庭收入、加强...

阅读全文

【东方文荟】叶佩诗:声音的回响

东方文荟

不久前,在优管上听了中央合唱团演唱赵元任先生1927年创作的《注音符号歌》。这首92年前的歌曲,使我不觉想起九十年代罗大...

阅读全文

林艾萱:要为自己的不守时买单

东方文荟

曾经参加一个中国旅行团,团员都来自马来西亚,在20多个团员中,总是会有三、四个喜欢迟到。无论是从酒店出发或景点归来,导游...

阅读全文

蓝中华:为何我支持第三国产车

东方文荟

在企业部长说我国要研发飞行车和首相马哈迪说国人不了解发展国产车的意义后,立即引来各界的冷嘲热讽,特别是针对第三国产车计划...

阅读全文

【东方文荟】李慧珊:现实中的理想主义

东方文荟

近日,希盟的人气是“与日俱增”,执政者问政处事的方法也广泛受到人民的“爱戴”。对于许多民生课题和社会矛盾的浮现,执政者向...