我即将应邀导读一本曾引起争议的书,书名为《al-Islam wa Usul al-Hukm》或可译为《伊斯兰与治理》,这是一名毕业自埃及爱资哈尔(al-Azhar)大学的宗教学者作品。该书的出版(1925年)正值世界在热议君主专制的土耳其奥斯曼帝国灭亡之时。

当时, 穆斯林宗教学者正在哀悼维持了整千年来穆斯林君主专制的衰败,进而令他们仇视世俗国家概念。这一切是因为推翻土耳其奥斯曼君主制的人──穆斯塔法卡玛(Mustafa KamalAtaturk)是世俗主义的推崇者。

这之前,奥斯曼王朝的宗教司穆斯塔法索布里(Shaykh Mustafa Sobri)曾发布教规指世俗主义威胁著伊斯兰信仰。因此,穆斯林不只讨厌,也害怕世俗主义。

在这背景下,阿里阿杜拉齐(AliAbdul Raziq)写了这本书,书中内容包含对伊斯兰政权体制的批评。他对伊斯兰政权的批评,导致世界各地伊斯兰宗教学者,给予他负面的标签。甚至,他毕业的爱资哈尔大学,也撤回颁予他的文凭。

从知识角度来看,阿里阿杜拉齐有自己的强项。在教育上,他毕业自爱资哈尔大学和牛津大学。此外,他曾任埃及法官。因此,他的著作──《伊斯兰与治理》并非空洞的批判,而是充满有力的论据,与伊斯兰知识学相符的。

建伊斯兰王朝共识

尽管该书也受到一些著名知识份子批评,如当时爱资哈尔大学的校长赛莫哈末卡达胡先,但这在学术圈内是很普遍的。

阿里阿杜拉齐批评的,首先是穆斯林根深蒂固的信念,即必须建立一个伊斯兰王朝。在以前的论述里,伊斯兰王朝被称为哈里发。如今的语境,则可称为伊斯兰国家。

他挑战了许多穆斯林的一个普遍信念,即穆斯林应有建立伊斯兰王朝的共识。这共识的来源参考,是当年先知逝世后,其友人一致推荐阿布峇卡西迪为第一位伊斯兰哈里发。

阿里阿杜拉齐质疑有关的共识。对他而言,从政治上来说,这样的共识并不存在。当所有人保持沉默时,不意味著没有异议。更重要的是,沉默的一群有时是因为担心反对会招来压力、攻击和杀害,而不发声。他就提出当时的一个例子,在哈理发王朝就有一个政党“Ittihadwa al-Taraqqi”私下反抗哈理发的领导。

另一些人则以先知穆罕默德是麦地那,以及后来麦加的统治者的事迹,来说明打造伊斯兰统治的责任。因此,阿里阿杜拉齐用两种分类来解释先知:首先,先知是宗教的使者。其次,先知是一位政治家。对他来说,先知不一定是政治人物。因此在理解先知穆罕默德时,也应如此。

政治非必备条件

其提出的论据如下: 一: 古代的先知,也是上苍的使者。但是,许多早期的先知,并不是统治者和政治人物。实际上,很少先知成为统治者,除了大卫、所罗门、约瑟夫和穆罕默德。

因此,他总结说,政治和政府的职责不是作为先知的必备条件。如果这是必备条件,那么作为统治者的先知,就不局限于四人而已,而是所有先知都应是政治人物。

第二:在圣训中,有讲述先知穆罕默德到了一个叫海拜尔(Khaybar)的地方。在那儿,先知发现他们生产的枣很好吃。询及如何种出如此好吃枣树时,村民解说他们是通过嫁接方法栽培的。先知听后,就禁止人们嫁接果树。

之后,先知再回来时,发现所生产的枣,已不如以前。先知问民众原因。他们说之前先知禁止他们嫁接方式。听到民众的解释后,先知说:“您们对您们的世界更了解。”

基于先知将世俗的事务交给同伴处理,这证明世俗事务如政治,不一定须由先知管理。实际上,在某些情况下,世俗事务可交由其他人接手。而先知所应关注的是灵性事务,如信仰和礼拜。

一些人也时常以缺乏哈理发, 伊斯兰法令的执行就不完美。这样的论述下,建立哈理发王朝是必要的。但阿里阿杜拉齐批抨有关的论述。他认为,论述须建立伊斯兰国以执行伊斯兰法的根源是不强的。这样论述是不能被接受的。

总结而言,阿里阿杜拉齐的著作,不管是在当时或之后,都遭到一些宗教学者的激烈批评。惟其作品却是许多大学研究伊斯兰政治的研究对象,更有一些大学把其列为重要的参考。

详读其作品,可察觉他并无恶意,反而用意是要确保穆斯林世界在政治上取得成功,即打造跨宗教、族群的公正及和平,更何况,其著作援引正确的伊斯兰知识。

 

【〈谈政教分离〉原文:Membedah wacana pengasingan politik dari agama】

Saya diminta untuk membedah buku yang pernah menjadi kontroversi suatu masa dulu. Buku bertajuk "al-Islam wa Usul al-Hukm" atau diterjemahkan sebagai "Islam dan Dasar Pemerintahan" merupakan karya seorang ulama lepasan Universiti al-Azhar. Ia keluar pada saat dunia sedang berbicara berkenaan kejatuhan kerajaan Monarki Osmaniah, Turki.

Kala itu, ulama-ulama Islam sedang meratapi kejatuhan kerajaan Monarki muslim yang bertahan ribuan tahun, malah mereka juga sedang menanam kebencian terhadap konsep negara sekular. Semua ini kerana, individu yang bertanggungjawab menjatuhkan Monarki Osmaniah Turki adalah Mustafa Kamal Ataturk, yang merupakan pendokong sekular.

Sebelum itu pula, mufti kerajaan Osmaniah, Syaikh Mustafa Sobri telah memfatwakan bahawa sekular adalah ancaman kepada aqidah Islam. Dengan itu, sekular bukan sekadar dibenci, malah ditakuti.

Dengan keadaan begitu, tiba-tiba Ali Abdul Raziq pula menulis buku tersebut - terkandung kritikan terhadap sistem pemerintahan Islam. Kritikan yang membawa beliau diberikan label negatif dari ulama Islam sendiri seluruh dunia. Malahan, universiti Al-Azhar yang mana beliau mendapat ijazah telah menarik sijil pengajian beliau.

Dari sudut keilmuan, Ali Abdul Raziq mempunyai kekuatan tersendiri. Dari sudut pendidikan, beliau merupakan lepasan dari Universiti al-Azhar dan Oxford. Ditambah lagi, beliau pernah menjawat jawatan hakim mahkamah di Mesir. Dengan itu, penulisan beliau - buku Islam dan Dasar Pemerintahan - bukan sesuatu yang datang dari kritikan kosong, sebaliknya mempunyai penghujahan yang mantap - selaras dengan disiplin ilmu Islam.

Adapun mendapat kritikan dari sebilangan tokoh ilmu, itu adalah perkara biasa. Seperti karya beliau tersebut dikritik oleh Rektor Universiti Al-Azhar ketika itu, Syaikh Muhammad Al-Khadhar Husein. Walau bagaimanapun, dalam perkara yang melibatkan kepada perbahasan ilmiah, ia adalah suatu perkara biasa.

Dakwaan Ijmak

Secara dasarnya, kritikan beliau dimulakan berkenaan kepercayaan muslim sejak sekian lama bahawa menubuhkan pemerintahan Islam adalah sesuatu yang wajib. Dalam wacana dahulu, pemerintahan Islam digelar sebagai khalifah. Dalam wacana sekarang, tidak salah dinamakan sebagai konsep negara Islam.

Dalam kritikan, beliau menggugat asas kepercayaan umum bahawa kewajipan tubuhkan pemerintahan Islam itu adalah bersifat ijmak (maksudnya: kesepakatan umat Islam atas kewajipan menubuhkan khalifah). Antara hujah rujukan itu adalah merujuk kesepakatan para sahabat melantik Abu Bakar Al-Siddiq sebagai khalifah Islam pertama selepas kewafatan Nabi.

Beliau cuba membangkitkan keraguan terhadap dakwaan kesepakatan tersebut. Pada beliau, dalam rencam politik, kesepakatan itu tidak berlaku. Apabila semua pihak diam, tidak semestinya tidak wujud bantahan. Apatah lagi, pihak yang mendiamkan diri itu kadangkala kerana bimbang mendapat tekanan, serangan dan pembunuhan. Contoh yang beliau kemukakan adalah pada zaman beliau, ada parti Ittihad wa al-Taraqqi yang melakukan penentangan terhadap khalifah secara senyap.

Utusan agama

Dari sudut hujah lain pula, rata-rata menyatakan kewajipan pemerintahan Islam dengan merujuk kepada individu Nabi sebagai seorang ketua kerajaan di Madinah, dan kemudiannya di Mekah. Dengan itu, Ali Abdul Raziq menjelaskan bahawa individu Nabi pada dua klasifikasi:Pertama, Nabi sebagai utusan agama. Kedua, Nabi sebagai ahli politik. Pada beliau, seseorang Nabi itu bukan mesti seorang ahli politik. Demikian dalam melihat Nabi Muhammad saw.

Hujah-hujah yang dikemukakan adalah seperti berikut:

Pertama: Para nabi terdahulu merupakan utusan Tuhan yang menyampaikan risalah Islam. Tetapi, ramai nabi terdahulu yang tidak menjadi penguasa dan ahli politik. Malah, nabi yang menjadi pemerintah amat sedikit, iaitu sekadar Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Yusuf dan Nabi Muhammad saw sahaja.

Dengan itu, beliau menyimpulkan bahawa tugasan politik dan kerajaan bukan tuntutan kenabian. Jika ia satu tugas kenabian, sudah pasti menjadi pemerintah itu tidak terbatas kepada empat orang nabi sahaja - sudah pasti semua nabi menjadi ahli politik.

Kedua: Dalam Hadis, ada diceritakan bahawa Nabi telah ke suatu tempat bernama Khaibar. Di situ, Nabi dapati kurma mereka sedap. Apabila ditanya, penduduk di situ menyatakan bahawa mereka melakukan proses kahwin pokok kurma.
Mendengar itu, Nabi saw melarang penduduk di situ dari kahwinkan pokok. Penduduk di situ akur.

Beberapa waktu kemudian, Baginda datang ke Khaibar lagi. Apabila Nabi makan kurma, didapati kurma sudah tidak sedap seperti dulu. Baginda bertanya kepada penduduk di situ. Mereka menyatakan bahawa dahulu Baginda melarang mereka dari kahwinkan pokok. Itu yang menyebabkan kurma mereka tidak sedap seperti dulu. Mendengar penjelasan mereka itu, Baginda terus berkata: "Kamu lebih tahu urusan keduniaan kamu".

Memandangkan Nabi saw menyerahkan urusan keduniaan itu kepada para sahabat, ini membuktikan bahawa urusan keduniaan seperti politik bukan mesti diambil dari Nabi. Malah, dalam beberapa hal, tidak salah diambil dari orang lain. Dengan ini, mutlak dari Nabi adalah urusan akhirat, seperti urusan kepercayaan dan ibadat, sedangkan urusan Nabi dalam politik tidak bersifat mutlak.

Penghakiman

Selalu sangat orang berhujah bahawa wajib membina khalifah kerana tidak akan sempurna pelaksanaan perundangan Islam kecuali dengan wujudnya khalifah. Maka dengan itu mereka menyimpulkan bahawa menubuhkan khalifah adalah wajib.
Ali Abdul Raziq mengkritik penghujahan itu. Beliau menjelaskan bahawa pada zaman Nabi terdapat beberapa orang sahabat yang dihantar ke negara luar - Umar bin al-Khattab, Ali bin Abi Talib, Muaz bin Jabal dan Abu Musa al-Asy'ari dan Khalid Al-Walid. Pada zaman Saidina Umar menjadi khalifah, seorang sahabat bernama Abdullah bin Umar dilantik menjadi hakim.

Apabila diteliti tentang penghantaran tersebut, didapati perbezaan riwayat dalam menyatakan tugasan yang mereka lakukan semasa menjadi gabenor. Pertama, ada sebilangan meriwayatkan bahawa Saidina Ali diutuskan ke Yaman untuk menjadi hakim. Sebilangan yang lain mengatakan beliau dilantik untuk mengutip zakat.

Kedua, dinyatakan dalam riwayat yang popular bahawa Muadz bin Jabal dilantik ke Yaman untuk menjadi Hakim. Al-Gasani pula mendakwa, Muadz ditugaskan sebagai seorang yang menguruskan hal ehwal yang berkaitan kewangan dan harta, bukan sebagai hakim.

Dengan ini jelas, dakwaan bahawa wajib membina khalifah Islam dengan alasan wajib melaksanakan hukuman perundangan Islam adalah bersumberkan sesuatu yang tidak kuat.  Dengan itu, hujah wajib menubuhkan khalifah dengan alasan bahawa dengan kewujudan khalifah sahaja boleh melaksanakan perundangan Islam, ia adalah hujah yang tidak boleh diterima.

Penutup

Tidak dinafikan bahawa buku karya Ali Abdul Raziq tersebut mendapat kritikan hebat dari sebilangan ulama di zaman beliau, bahkan selepas zaman beliau. Walau bagaimanapun, karya beliau menjadi kajian dalam banyak universiti dalam bidang politik Islam. Malah, tidak kurang juga menjadikan buku beliau sebagai rujukan.

Apabila diteliti dalam tulisan beliau itu, karya itu bukan berniat jahat, sebaliknya mempunyai tujuan yang baik - untuk memastikan dunia muslim berjaya capai tujuan politik iaitu keadilan dan keamanan merentasi anutan agama, kaum dan etnik. Apatah lagi, karya beliau menggunakan pendekatan disiplin ilmu Islam yang betul. 

热门新闻

阅读全文

浴室摔倒半小时才被发现 向太1原因不敢报警

阅读全文
示意图

男友妈不同意交往 拿出不到RM2000逼女子分手

阅读全文

“整形皇后”顾婕血便半年以为内痔 确诊大肠癌曝存活率

阅读全文
示意图

老翁为健康大量吃鲑鱼鲔鱼 半年后肾功能大幅下降

阅读全文

朝野互动 引人瞩目

阅读全文

【LIVE】新古毛补选提名(国盟)(报导:李素雯)

阅读全文

庄迪君:两个极端思想之祸害

东方文荟

随著1990年代苏联解体和全球化金融创造出拉丁美洲和亚洲经济奇迹,西方自由经济思想的影响达到极致,被世俗普遍接受为普世价...

阅读全文

郑博夫:吹哨子的良知

东方文荟

中坚分子在民主社会就是教育知识层面较高,有完善独立运作的专业人士如律师、医生、会计师、工程师等等。对于中坚力量,由于能力...

阅读全文

冯振豪:希盟的“定神州”

东方文荟

2018年第14届大选的政权更迭其实并不顺利。尽管赢得122国席入主布城,多个州属却陷入不稳定的状态,包括吉打、霹雳和沙...

阅读全文

陈逸飞:防疫与人权考量

东方文荟

最近参加了一个清谈节目,与主持人和另外两位嘉宾讨论目前正在爆发的新冠状病毒疫情。节目中主持人质疑,在疫情日益严重的的情况...

阅读全文

林艾萱:再说一次我爱你

东方文荟

最近在社区媒体广传令人泪崩的韩国电视纪录片中,一名妈妈通过VR(虚拟实境)技术与天国的女儿重逢,女儿在2016年年仅7岁...

阅读全文

黄士春:法律翻译出版心路历程

东方文荟

1983年,我为了孩子的教育费,开始从翻译和我的工作最有关系,也是华人社会迫切要了解的《刑事法典》做起,凭著自己十多年的...

阅读全文

覃勓温:文化游神

东方文荟

柔佛古庙游神照旧举行,惟夜游模式变更,也取消了原有的恭迎台及节目表演。回顾往昔,新山中华公会无不于“网上直播”、“参与人...

阅读全文

万吉:穆斯林对跨性人立场

东方文荟

在马来社会, 最近就对一个名叫莎佳(Sajjad)的跨性人行为争议。在马来社会里,她是著名的美容品百万富翁,也是备受关注...

阅读全文

庄迪君:经学与科学分道扬镳

东方文荟

《汉书儒林传》记载,从武帝立五经博士起到平帝的150年间,一经说至百馀万言,大师众千馀人。这是《象数易学》发展的第一个高...

阅读全文

郑至健:如何看待“非法”游民?

东方文荟

游民、街友、无家可归者、流浪汉、露宿者,或者是在古代因战乱流离失所、到处流浪的流氓——从古至今,这些名词都用来指那些因个...