509大选,伊党保住吉兰丹政权,同时也从国阵手中夺下了登嘉楼州。当伊党执政后,其一些政策肯定会反映该党所向往的执政形式。之前,就听说吉兰丹逮捕了没有进行周五祈祷的穆斯林;不久,登嘉楼就公开鞭打女同性恋者。最近,登州则禁止女性在有男性出席的公开场合跳舞。

拟议中的禁令,无疑引起了民间社会的各种反应。有人能接受,也有人反对,一些则错愕,他们不懂该采取什么立场。

这个课题可追溯到伊党对伊斯兰的诠释方式,并认为一旦拥有政治权力时,就必须执行有关政策。

跳舞不符道德伦理?

基本上,穆斯林对舞蹈有不同的看法。有者认为伊斯兰是禁止舞蹈的。这些观点获得保守派的支持。他们的论点是:跳舞不符合道德和伦理。对他们而言,舞蹈是非穆斯林的一种生活方式。因此,他们反对舞蹈。

这种观点明显与进步的穆斯林不同,后者的论述基础是:首先:跳舞是肢体的移动。如果没有禁止移动肢体的运动,则没有正当理由禁止舞蹈。

第二:舞蹈与一个民族和族群的文化息息相关。伊斯兰并不反对文化传承。反之,以前就曾有宗教师把文化和宗教结合起来实践,就像印尼的九大圣徒历史中──他们成功将骑马舞与宗教结合起来。

此外,把模仿非穆斯林文化,视为不合教规的议题,这一指控有其弱点。因为这说法是援引圣训所言的:“谁模仿某一族,其就属于那个族群。”

对于这圣训,有些宗教学者认为论据薄弱。这是基于──此圣训讲述者阿布慕尼祖莱昔(Abu Munib al-Jurashi),其诚信遭到质疑。因此,它不能成为可信的圣训。进而言之,跳舞并没有涉及宗教,它只是一种文化表现。因此,指宗教禁止涉及文化的事项,是很奇怪的。

公开跳舞挑起性欲?

那些不排斥跳舞习俗者,一些甚至还认为,伊斯兰是允许舞蹈的,这些人观点可分为两派。第一派认为不应在公众场合跳舞,尤其是舞者是女性。第二种观点则不禁止在公共场合跳舞。

对于禁止在公共场合跳舞,他们的论点是:第一:对他们而言,女性不可在公共场所抛头露面,因为这将吸引公共注目。对于这样的论点,反方的解答是,女人受到注目,不仅仅是在于舞蹈上。女教师也是如此,譬如今天就有许多女性宗教老师上电视节目讲解宗教。正方并不阻止女性宗教教师上电视教学。

因此,基于女性会引起注目的之理由,而禁止她们跳舞,论据是前后矛盾的。

第二:他们还认为,女性在公共场合跳舞,会挑起男性观众的性欲。

对此,可用以下理由反驳。一:观赏异性的舞蹈引起性欲,不仅可发生在男人身上,也可发生在女人身上。这在《可兰经》中有提及──有关先知约瑟夫和埃及统治者的妻子“祖莱哈卡”的故事,祖莱哈卡见到约瑟夫时有性冲动。

在伊党执政的吉兰丹州,州政府曾主办“男子健美”赛,让男子上身赤裸展示肌肉,这可引起女性的注目。因此,令人不解的是,引起男性性欲可作为禁令理由时,为何没有看到另一项可能,即看到男性也可引起女性性欲。

二:声称看到女性可引起性欲的说法,是非常抽像甚至很难证明的。从指控的角度来看,一名男子可能因在夜市或商场看到女性而有性欲,那我们是否就因一些人的性欲,而禁止一切?

人们需了解许多社会上发生的事件,往往发生后才架上伊斯兰之名,而这个并非伊斯兰的本意,只是穆斯林对伊斯兰的一种诠释。

这诠释的依据,得视谁来诠释,如果是保守派,其论述就倾向保守,如果源自进步派,其结果亦然。因此,伊党提出的禁令,依然是开放于讨论和辩论的,进而也可衍生出不同的诠释和立场。

《禁女性公开跳舞》(Larangan Perempuan Menari)原文:

Sepertimana yang kita maklum, pilihan raya umum baru-baru ini memberi kelebihan kepada PAS untuk kekal memerintah di Kelantan dan merampas Terengganu dari tangan kerajaan Barisan Nasional. Apabila PAS mengambil alih kerajaan, sudah pasti beberapa polisi kerajaan mereka menampilkan bentuk pemerintahan yang diidamkan mereka.

Sebelum ini, sudah kedengaran isu menangkap muslim lelaki yang tidak menunaikan solat Jumaat di Kelantan; tidak lama kemudian, isu sebatan di khalayak ramai bagi pesalah lesbian di Terengganu. Terbaru, isu larangan wanita menari di khalayak yang dihadiri lelaki yang melibatkan Terengganu.

Dengan cadangan larangan wanita menari di khalayak itu, sudah pasti mengundang pelbagai reaksi dari masyarakat sivil. Ada yang menerima, ada yang menolak dan tidak kurang juga yang terpinga-pinga - tidak tahu mengambil sikap terhadap cadangan tersebut.

Pandangan konservatif

Asas isu ini adalah berbalik kepada cara penafsiran agama yang dikemukakan oleh PAS, lalu penafsiran itu dianggap perlu dilaksanakan pada saat memegang tampuk kekuasaan politik.

Secara dasarnya, menari itu sendiri mendapat perbezaan sikap dari penganut Islam. Ada sebilangan anggap, amalan menari itu dilarang dalam agama. Mereka ini didokong oleh mereka dari jalur konservatif.

Hujah mereka, amalan menari bukan amalan yang beretika dan berakhlak. Pada mereka lagi, amalan ini dianggap menyerupai amalan orang bukan Islam. Dengan itu, mereka menolaknya.

Pendapat ini ternyata tidak sekata dengan golongan progresif dalam kalangan muslim. Kalangan ini pula berhujah dengan beberapa asas:

Pertama: menari sifatnya adalah menggerakkan anggota badan. Jika bersukan yang menggerakkan anggota badan tidak dilarang, tidak ada sebab yang munasabah untuk melarang amalan menari.

Kedua: menari ada kaitan dengan kebudayaan sesuatu kaum dan bangsa. Islam hadir, tidak pernah menolak budaya. Malah, terdapat dalam amalan ulama terdahulu yang selaraskan budaya dan agama, seperti dalam sejarah Wali Songo di Indonesia - mereka selaraskan kesenian kuda kepang dengan agama.

Soal menyerupai budaya masyarakat non-muslim, lalu terus dianggap sebagai haram -  dakwaan itu punyai kelemahan hujah.

Ini kerana, kerap sangat mereka berhujah dengan merujuk kepada Hadis yang bermaksud: "barangsiapa menyerupai sesuatu kaum, maka ia dari kaum itu".

Hadis ini, ada ulama yang menilai ia sebagai lemah dan tidak boleh dibuat hujah. Ini didasarkan - ada seorang pencerita Hadis ini bernama Abu Munib al-Jurashi yang diragui kejujurannya dalam menceritakan Hadis ini. Dengan itu, ia tidak boleh dijadikan sandaran hujah.
Tambahan pula, amalan menari tidak melibatkan keagamaan. Ia melibatkan budaya. Justeru, amat janggal dianggap dilarang agama dalam perkara yang melibatkan budaya.

Menari di khalayak ramai

Dalam kalangan yang tidak menolak amalan menari, malah anggap ia dibenarkan dalam agama, mereka pula terbahagi kepada dua pendapat.

Pendapat pertama yang beranggapan bahawa menari tidak boleh dilakukan di khalayak awam, terutama penari itu dari kalangan wanita.

Pendapat kedua pula beranggapan bahawa menari di khalayak ramai bukan sesuatu yang dihalang.
Bagi pendapat yang menghalang, mereka berhujah dengan hujah berikut.

Satu: pada mereka, kaum wanita tidak boleh diletakkan di ruang awam, kerana akan menjadi tarikan awam.

Hujah ini dijawab - wanita menjadi tarikan, ia bukan sekadar berlaku dalam tarian. Ia juga boleh berlaku pada guru-guru yang mengajar, sepertimana sudah ramai ustazah (guru agama dari kalangan wanita) pada hari ini yang masuk dalam televisyen dalam menyampaikan syarahan agama mereka.

Apa yang pasti, mereka tidak pula menghalang para ustazah ini mengajar di televisyen yang menjadi tontonan awam. Dengan demikian, menggunakan alasan wanita menjadi tarikan, lalu mereka perlu dihalang dari menari dianggap tidak konsisten.

Dua: mereka turut beralasan bahawa wanita yang menari di khalayak awam akan membuka ruangan syahwat bagi kaum lelaki yang melihat.

Hujah ini dijawab dengan beberapa alasan berikut:

Satu: menaikkan syahwat dengan melihat tidak sahaja berlaku pada kaum lelaki terhadap wanita. Ia juga boleh berlaku wanita terhadap lelaki. Ini dapat dilihat dalam kisah yang diceritakan Al-Quran - kisah Nabi Yusuf dan isteri pemerintah Mesir yang bernama "Zulaikha", iaitu Zulaikha merasa syahwat ketika melihat Yusuf.

Di Kelantan, antara program yang pernah dianjurkan oleh kerajaan pimpinan PAS itu adalah "badan cantik" yang menampilkan lelaki sado yang tidak memakai baju yang menjadi perhatian wanita juga.

Amat pelik, mengapa alasan menaikkan syahwat lelaki dijadikan alasan halangan, sedangkan dalam masa yang sama mereka tidak melihat kemungkinan yang sama juga berlaku pada wanita.

Dua: dakwaan melihat wanita boleh mendatangkan syahwat adalah sesuatu yang amat abstrak yang sukar untuk dibuktikan ia boleh berlaku. Kalau dilihat dari sudut dakwaan, boleh sahaja seseorang lelaki itu bersyahwat dengan melihat wanita semasa berkunjung ke pasar malam, atau di shopping mall. Apakah semua ini wajar dihalang, apabila terdapat individu tertentu sahaja yang naik syahwat?

Harapan

Perlu disedari ramai bahawa banyak perkara yang berlaku dalam masyarakat, lalu perkara tersebut disandarkan kepada Islam, kebiasaannya ia bukan hakikat Islam, tetapi ia adalah penafsiran muslim terhadap Islam.

Penafsiran itu pula, ia dilihat dari pihak mana yang menafsirkannya. Jika datang mereka yang mempunyai pemikiran konservatif, implikasi penafsiran itu juga adalah konservatif. Demikianlah, jika ia datang dari pemikiran progresif.
Dengan sebab itu, sesuatu cadangan yang dikemukakan oleh kerajaan PAS - ia masih lagi terbuka kepada ruangan wacana dan perbahasan yang sudah pasti melahirkan pelbagai tafsiran dan sikap. (tamat)

热门新闻

阅读全文

浴室摔倒半小时才被发现 向太1原因不敢报警

阅读全文
示意图

男友妈不同意交往 拿出不到RM2000逼女子分手

阅读全文

“整形皇后”顾婕血便半年以为内痔 确诊大肠癌曝存活率

阅读全文
示意图

老翁为健康大量吃鲑鱼鲔鱼 半年后肾功能大幅下降

阅读全文

朝野互动 引人瞩目

阅读全文

【LIVE】新古毛补选提名(国盟)(报导:李素雯)

阅读全文

林卓锋:新冠疫情的应对

名家

几乎所有专家都把这次疫情对经济的影响和严重急性呼吸道综合症(SARS)类比。虽然有其合理性,但也存在极大差异。简而言之,...

阅读全文

郭朝河:政变也不失为好事

名家

看到最近国内时局发展,很多人都哀叹——没事干嘛闹政变。Bingo!这句话其实解答了问者的疑虑。试问,希盟四党在政变前,真...

阅读全文

陈海德:匪夷所思的非法政变

名家

从希盟政府上周达致共识让敦马哈迪持续任相,到土团党退出希盟、希盟政府一日间瓦解不过数日,步伐如此神速和乾脆,可谓翻新了政...

阅读全文

蓝中华:阿兹敏清君侧弄巧反拙?

名家

英国作家狄更斯曾说过一句话,这是最好的时代,这是最坏的时代。我们在2年前见证了政党轮替,也在前天见证了现代清君侧。何谓清...

阅读全文

张兼荣:敦马王朝溃而不崩

名家

当敦马交棒的课题甚嚣尘上之际,大马政治的版图早已在暗暗蠕动,经过23日敦马取消的记者会,至隔天24日,流言满天飞,大家都...

阅读全文

童敏薇:历史让过去与现在连接

名家

上个月《百年前瞻:隆雪华堂大事纪特展》迎来一位张先生,他跟我讲述其祖父母张汝勤和马金水曾于1941年9月1日在大会堂举办...

阅读全文

郑名烈:马华可曾反思被华社唾弃?

名家

在企业界有这么个说法:“个人干不过团队,团队干不过系统,系统干不过趋势,趋势干不过逻辑。”套用在国家,政党,公司组织,均...

阅读全文

孙和声:全球化论战

名家

区域化、全球化,技术进步与新自由主义意识形态可说是改变当代世界主要力量。所谓新自由主义是1980年代由英美带头风靡世界的...

阅读全文

朱家健:要对中国乐观具信心

名家

新冠肺炎肆虐亚洲,并蔓延全球,马来西亚也出现包括本地感染和从境外输入的确诊个案。适逢威士特丹号邮轮一名旅客确诊新冠肺炎,...

阅读全文

林卓锋:疫情下最易赚钱时间已过

名家

过去两周多,在疫情的影响下,市场憧憬中国政府以及各国央行推出措施支持经济,加上美国数据理想,标指和纳指更双双破顶,刷出新...