最近,媒体报导政府提呈动议,强制朝野国会议员申报财产。据报导,除了巫统国会议员抗议外,伊党议员也透过(署理主席)端依布拉欣在辩论时表达立场,反对有关动议。令人惊讶的是,在他辩论演词中义正词严说,伊斯兰禁止财产申报,并以先知穆罕默德言词来支持其言论。

这番言论引起各种反应,特别是那些对伊斯兰教育——尤其精通圣训领域者的回响。其中,3州的宗教司,即吉兰丹、玻璃市和槟城的宗教司都声明,伊斯兰倾向于财产申报。很快的,这名伊党署理主席的立场也U转,说伊党同意财产申报。

从源头采取预防措施

在《可兰经》的第28章26节就指出,先知稣艾巴女儿要求,录用先知慕沙(摩西)为他们的工人,因为后者有诚信及能力。同样,《可兰经》第12章55节,有关尤索夫的故事里,他在向埃及(法老)求职时,说明他拥有的两大资格,他说,“任命我为管理这国家的财政,因为我是可信赖的,同时也知道如何管理国家财富。”

从这两节经文中,伊斯兰学者得出的结论是,对于领导人的任命,须有两个主要条件:1、符合资格;2、诚信。

诚信,其特征就是诚实、负责任和透明。它不外是确保公共资金不会被滥用,所有涉及公共资金的开支都没有花在错误的用途上。因此,成立打击贪腐的机构──反贪会就不足为奇了。它将对任何贪腐事件展开调查,不管涉及的是政府官员、政治人物,抑或国家领导人。

不过,要达成反贪的目标,仅通过反贪会的调查和法律行动是不足够的,我们需从源头采取预防措施。因此,财产申报是最好的机制之一。

从伊斯兰法学的角度来看,它符合以下说法:“必要的事,除非去执行,否则不完美。因此,执行是必要的”。换句话说,如果没财产申报,反贪腐的努力是不完善的,因此财产申报是必要的。

伊斯兰强调诚信

先知强调诚信。因此,先知都会确保政府官员,除了固定工资外,没有其他收入。

同样在哈里发赛迪纳统治时,他记录所有政府官员的资产。他本人将不时审查官员的财务状况,以确保这些官员不会滥用权力获取财富。

其中一个典故就是,当他委任先知的友人,阿布胡莱勒当巴林的首长时,他将确保掌握阿布胡莱勒的财产状况──两匹马、一雄一雌。他依据阿布胡莱勒的收入来衡量其财产。

当阿布胡莱勒任首长时,其母马生了小马,让阿布胡莱勒须从政府事务中分心。为此,阿布胡莱勒卖掉了所有的马匹。他出售马匹后,获得数倍的利润。这令到赛迪纳起疑心,并公开对阿布胡莱勒展开调查。最终,判断阿布胡莱勒并没犯错。

这个故事清楚地表明了伊斯兰非常注重诚信。尤其涉及公共资金──国家财产。因此,当有人发表的声明,似乎将伊斯兰描述为不关注诚信时,是令人奇怪的。

伊党署理主席辩称,在圣训中,先知禁止炫耀财产,以防止人们起嫉妒之心。须谨记,在伊斯兰历史中,有许多的言论,都说成是先知说的,实际上,先知都不曾说过。这些人如此做是为了确保他们的言辞被接受。换句话说,他们以先知之名说谎。

辨别“假圣训”

因此,在伊斯兰研究中,有研究经典言词,确保其是真实的,而不是谎言。在伊斯兰研究中,就有一个名为“假圣训”的研究领域。肯定的是,也是古邦阁亮国会议员的端依布拉,以先知禁止炫耀财富,来解说伊斯兰禁止财产申报,是没有依据的,也是假的圣训。

更重要的是,这种说法违反《可兰经》第93章第11节所言的,上苍所赐你的恩典,你应当宣示它。

最后,著名的伊斯兰诠释家阿玛拉基(al-Imam al-Maraghi)曾说,吝啬的人,确实不想申报资产。慷慨的人,将公布他们的资产和开销,以确保他的花费方式是上苍所许可的。因此,财产申报是非常好的。如果有人抗拒,肯定是值得质疑的。

《从伊斯兰看财产申报》(Isytihar harta dari kaca mata Islam)原文:

Baru-baru ini, berita melaporkan hasrat kerajaan untuk merangka undang-undang isytihar harta – mewajibkan semua ahli parlimen, sama ada dari pihak kerajaan, mahupun dari pihak pembangkang.

Turut dilaporkan bahawa di samping ahli parlimen dari UMNO, bantahan juga dikemukakan ahli parlimen PAS melalui perbahasan wakil mereka, iaitu YB Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Lebih mengejutkan, dalam ucapan terbabit, beliau yang juga Timbalan Presiden PAS dengan tanpa rasa bersalah menyatakan bahawa Islam melarang mengisytiharkan harta dengan menjelaskan bahawa ia pernah dinyatakan Nabi Muhammad saw.

Ucapan tersebut mengundang reaksi yang pelbagai, terutama daripada mereka yang mempunyai pendidikan Islam – takhassus dalam bidang Hadis. Tidak ketinggalan juga, kenyataan daripada tiga orang mufti di Malaysia, Mufti Kelantan, Mufti Perlis dan Mufti Pulau Pinang. Ketiga-tiga mereka menjelaskan bahawa Islam amat cenderung terhadap amalan isytihar harta. Tidak lama kemudian, Timbalan Presiden PAS itu melakukan “U turn” – menyatakan bahawa PAS bersetuju dengan amalan isytihar harta.

Sejauh mana benarnya?

Al-Quran menerusi Surah al-Qasas, menjelaskan bahawa anak Nabi Shuaib mencadangkan agar Nabi Musa diambil sebagai orang yang bekerja dengan keluarga mereka, kerana pada diri Nabi Musa terdapat dua sifat utama, iaitu berkemampuan dan cukup beramanah. (Surah al-Qasas 28:26)

Demikian juga, disandarkan kepada kisah dalam surah Yusuf – baginda meminta jawatan daripada raja Mesir (Firaun) ketika itu dengan menyatakan kelayakannya kerana beliau mempunyai dua syarat terbabit. Kata beliau, “Lantiklah aku sebagai penjaga perbendaharaan negara, kerana aku amat menjaga (amanah), dan aku mengetahui (berkelayakan dalam urusan selok belok kewangan negara.) (Surah Yusuf 12:55)

Dari kedua-dua ayat ini, para ulama Islam menyimpulkan bahawa bagi seseorang yang dilantik sebagai pemimpin, ia perlu kepada dua syarat utama: (1) berkelayakan, dan (2) ada sifat amanah.

Apabila disebut sifat amanah, antara ciri-cirinya adalah integriti, akauntabiliti dan ketelusan. Ia tidak lain daripada memastikan dana awam tidak diselewengkan sesuka hati – segala perbelanjaan yang melibatkan dana awam tidak dibelanjakan pada jalan yang salah.

Dengan itu, tidak hairan wujud badan untuk memastikan sebarang unsur rasuah dapat dielak - diwujudkan satu suruhanjaya yang dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ia berfungsi untuk melakukan sebarang siasatan yang melibatkan rasuah, sama ada melibatkan pegawai kerajaan, mahupun ahli politik, pemimpin negara dan sebagainya.

Bagi menjayakan lagi agenda melawan rasuah, tidak cukup sekadar merawat dengan pendekatan siasatan dan undang-undang seperti SPRM, ia juga perlu pendekatan mencegah sejak dari awal. Makanya, amalan isytihar harta adalah salah satu mekanisme yang terbaik.

Dari sudut pandang fiqh Islam pula, ia selaras dengan kaedah yang berbunyi: “Tidak sempurna perkara wajib, kecuali dengan melakukan perkara tersebut. Makanya, melakukan perkara tersebut adalah wajib”. Dalam erti kata lain, tidak sempurna usaha melawan rasuah yang wajib kecuali dengan amalan isytihar harta, maka amalan isytihar harta itu wajib.

Amalan Islam

Nabi saw amat menekankan integriti. Ekoran itu, mana-mana pun pegawai lantikan kerajaan, Nabi saw akan pastikan mereka tidak mendapat sebarang imbuhan selain dari gaji yang telah ditetapkan.

Demikian juga dalam amalan Saidina Umar semasa menjadi khalifah – beliau akan mencatat segala harta pegawai kerajaan yang dilantik. Beliau sendiri akan menyemak kewangan pegawai dari masa ke masa, untuk memastikan pegawai di bawah kelolaan beliau tidak menyalahgunakan kuasa untuk mengaut kekayaan.

Dikisahkan juga, semasa beliau melantik seorang sahabat Nabi yang bernama Abu Hurairah menjadi gabenor di Bahrain, beliau akan memastikan kadar harta yang sedia ada pada Abu Hurairah itu berada dalam pengetahuannya – hartanya dua ekor kuda, seekor jantan dan seekor betina. Beliau telah membuat kiraan dengan kadar harta sedia ada dengan gaji yang bakal Abu Hurairah dapat.

Tiba-tiba, semasa menjadi gabenor, kuda betina itu beranak pinak sehingga menyibukkan Abu Hurairah dari urusan kerajaan. Dengan itu, Abu Hurairah menjual kuda-kuda terbabit.

Apabila beliau menjual semua kuda-kuda itu, ia melahirkan keuntungan yang berlipat ganda. Keuntungan itu menyebabkan Saidina Umar sangsi dengan kekayaan Abu Hurairah sehingga Abu Hurairah dibawa ke pengadilan untuk siasatan awam. Akhirnya didapati Abu Hurairah tidak bersalah.

Kisah ini amat jelas menampilkan betapa Islam mementingkan integriti. Apatah lagi, melibatkan dana awam – melibatkan harta negara. Dengan sebab itu, amat ganjil apabila ada pihak yang mengeluarkan kenyataan seakan-akan menggambarkan Islam seperti tidak cenderung kepada integriti.

Hadis palsu

Timbalan Presiden PAS itu berhujah bahawa dalam Hadis, kononnya Nabi saw melarang harta dari dihebahkan, dengan alasan untuk mengelakkan pendengki.

Perlu diingatkan, dalam sejarah umat Islam, terdapat banyak perkataan tertentu disandarkan kepada Nabi, walhal ia tidak pernah diungkapkan oleh Baginda. Sengaja mereka melakukan sebegitu dengan hasrat untuk memastikan perkataan mereka diterima. Dalam erti kata lain, mereka melakukan pendustaan atas nama Nabi.

Dengan sebab itu, dalam pengajian Islam terdapat kajian dan penelitian untuk memastikan sesuatu perkataan itu adalah fakta yang benar dan bukan pembohongan. Makanya, terkenal dalam pengajian Islam apa yang dinamakan sebagai “Hadis palsu”.

Apa yang pasti, kenyataan Timbalan Presiden PAS yang juga ahli parlimen Kubang Kerian itu, kononnya Nabi saw melarang harta dari dihebahkan - dengan itu dianggap dilarang amalan isytihar harta adalah dakwaan yang tidak mempunyai sumber yang benar – ia adalah Hadis palsu.

Apatah lagi, dakwaan ini sebenarnya bercanggah dengan ayat al-Quran yang menyuruh kita untuk menceritakan kepada orang berkenaan nikmat yang kita dapat. (Surah al-Dhuha 93:11)

Penutup

Seorang ulama tafsir hebat bernama al-Imam al-Maraghi pernah berkata bahawa orang yang kedekut, memang mereka tidak mahu isytihar harta. Adapun orang dermawan, dia akan mengisytiharkan harta dan perbelanjaan untuk memastikan dia benar-benar berbelanja dengan cara yang diredhai Tuhan.

Ekoran itu, amalan isytihar harta adalah amat baik. Namun, apabila wujud penolakan, sudah pasti ia amat meragukan. (tamat)

热门新闻

阅读全文

男子进店请求“帮手机充电” 员工一看萤幕弹出短讯傻眼

阅读全文

2车相撞华男毙命 警证实女司机U转酿祸

阅读全文

【新古毛补选】伊党议员质疑学历 彭小桃晒全A成绩单打脸

阅读全文

【2024成都汤尤杯】安赛龙向李梓嘉放话! “你别在酒店碰到我”

阅读全文

小桃晒成绩打脸伊党议员  503宣布新古毛竞选宣言

阅读全文

新车行驶中后轴突然断裂 销售员:别担心!不是第一次【东方头条】2024-4-29

阅读全文

蓝志锋:教育部无需反应过激

名家

霹州一场舞蹈比赛不当使用教育部标志,以及网民挑起舞蹈服装暴露课题,让教育部如临大敌,急著切割和谴责。掌权者应该展现自信和...

阅读全文

刘华才:承认统考别使“拖字诀”

名家

承认独中统考课题纷纷扰扰多时,即使新政府上台,也不见统考获得承认,如今已演变成必须成立独中统考特别委员会,与利益相关团体...

阅读全文

郭朝河:一场油棕表演的悲剧

名家

一所国际学校因呈现对油棕业不利的表演后,遭到原产业部长与教育部谴责,甚至不排除援引教育法令对付。听到这则新闻时,我还以为...

阅读全文

谢诗坚:中美关系剪不断理还乱

名家

不受看好的中美巨头在大阪召开的G20会议的会谈后竟然取得一定的成果,倒让人松一口气。特朗普总统宣布不再对中国商品进口美国...

阅读全文

陈诗蓉:每个孩子都是第一名

名家

第一轮的校本评估学习报告册发下来了,有家长看到报告册上出现不同的等级,有人Band 1,有人Band 2,有人Band ...

阅读全文

庄仁杰:大中华胶的真正问题

名家

对于近日香港好几次的大规模示威,以及香港之前的种种抗争,马来西亚网民可分成支持与反对两大派。许多反对香港人示威抗议、支持...

阅读全文

张永奕:征收拥堵费的经济原理

名家

前些日子,在政府宣布收购雪隆区内的四条收费大道的计划中,提及了关于废除旧有的收费制度,并建议在繁忙时段收“塞车费”和其他...

阅读全文

陈锦松:马哈迪交棒干卿何事?

名家

首相马哈迪何时交棒给公正党主席安华,从509大选后一直是坊间热议的话题。从年龄而言,93岁的马哈迪把权力交给72岁的安华...

阅读全文

王永仁:搞定政治,需取中庸之道

名家

其实,把国阵说成魔,也太主观了。要是完完全全销毁国阵在国家政治布局和人民心中的可行性,不仅对国家政治前途没用,而且还导致...

阅读全文

林艾萱:成长精彩比优秀重要

名家

那天,从面子书看到一个教育视频,大意讲著现在很多父母,总是关注自己孩子在同龄孩子的排行榜排名,孩子是不是在学校于各科节目...