依据报导,早在2000年,时任马大伊斯兰研究系主任玛未祖迪教授(Dr.Mahmud Zuhdi)曾揭发,大马伊斯兰宗教局以防范穆斯林通奸和婚外性行为而在酒店展开的检举行动,让执法官员趁机索取性贿赂。当官员逮捕违法者时,他们会向违法者索取性服务,作为释放的条件。

此外,吉兰丹伊斯兰法庭前法官仄依不拉欣莫哈未也曾揭露,在吉兰丹,一些“道德警察”滥用权力,在执法时向受害人索取金钱和金饰品。

最近,负责宗教事务的首相署部长挑起伊斯兰宗教局检举行动课题后,许多受害者也在面书上帖叙述本身遭遇。在帖文中,一些指尽管与丈夫在酒店房内,但执法人员却鲁莽的破门而入,令她们来不及掩盖羞体。如果被阻止,宗教局执法人员就声称他们的行为是要取得未婚者幽会的证据。

这些申诉并非孤立的事件,许多案例显示,无辜民众成了受害者。可以说,几乎所有的申诉都指,宗教局执法行动无礼,例如不打招呼、猛烈的敲门等。

在解决这个问题上,可做出以下总结:一、罪恶与现世的惩罚。在伊斯兰法学,有著对宗教法则(diyanatan)和法律规范(Qadhaan)之间的讨论。因此,在某种情况下,在宗教上合法的,在法律上却非如此。

例如,丈夫在家宣布与妻子离婚。从宗教的角度来看,离婚已形成了。但是,这决定是在家里作出的,只要法庭里的法官还没裁决,从法律角度,这名已“离婚”的妇女,还是不能嫁给另一个男人。

有一些情况,在法律上是违法,但在宗教上并无罪。例如,闯红灯,在法律上是错误的,但在宗教方面并没有罪恶。另一些事情,不管是在宗教或法律层面,都是错误的。例如,诋毁他人通奸或鸡奸。

基本上,宗教的善和恶,是涉及信仰的事(aqidah)。因此,这取决于《可兰经》和《圣训》里的启示。在后世,意味著好人将上天堂享福,恶人则下地狱受罪。因此,人类无权决定一个人的善报或恶报,因为这是后世的事情,而人类无从理解后世的事情,人类只是通过上天的启示才知道。

宗教法与法律不对等

罪恶的定义须通过启示的文本诠释,不管是禁止的形式,其在后世被折磨的形式,或诅咒的形式。因此,不祷告被认为是罪恶,因为在天启的文本中,那些不进行祷告的人会遭到恶运;说人是非被认为是罪,因为在天启文中说明了那些是非精的厄运。同样,那些在日常交谈中的欺骗也是属于罪恶一种。

与此同时,并非所有罪行都视为罪恶,所以有必要制定法律。因此,在先知穆罕默德时代,不曾制定法律对付不祈祷者,也不会处罚那些没有斋戒的人。

这是因为,法律不是基于罪恶而制定的,而是基于减少损害和弊端制定的。结果,一些宗教上认为非罪孽的行举,从法律的角度来看,却是有罪的,如闯红灯。当然,一些违法的行为在宗教上也视为罪恶,例如贿赂,商业欺骗,失信等。

以上的解释可以得出结论,伊斯兰对以下情况充满争论:1.公共的罪行,是否也是宗教上的罪恶;2.这罪恶是否属于个人或道德上过失。

伊斯兰的处罚是施于那些公开并可以伤害他人的罪恶,例如偷窃、滥权、杀人等。然而,对于个人和道德的不端行为,伊斯兰并没制定惩罚。

因此,通奸者,虽然是有罪,但是只要这行为不打扰到民众,伊斯兰并没有施加惩罚,除非如《可兰经》里提及,遭得4个善良和有宗教信仰的人目睹。同样地,伊斯兰并没有对那些不祈祷的人制定惩罚,尽管伊斯兰认为不祈祷是最大的罪恶之一。

(上,待续)

《宗教局检举没遵守教义?——何谓罪恶?》(Intipan: Jabatan Agama Islam tidak ikut Islam?)原文:

Bahagian 1:MUQADDIMAH

Dalam awal tahun 2000, Profesor Dr.Mahmud Zuhdi yang ketika itu Pengarah Akademi Islam Universiti Malaya ada mendedahkan bahawa amalan mengintip di hotel-hotel yang kononnya membendung kesalahan zina dan khalwat dalam tatacara kerja penguatkuasa agama yang dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam di Malaysia membuka ruang kepada mereka untuk terlibat dengan rasuah seks. Semasa mereka menangkap pesalah, mereka menawarkan pembebasan dengan syarat melakukan hubungan seks dengan mereka. (Utusan Malaysia, arkib : 29/05/2000)

Demikian juga, Che Ibrahim Muhammad yang merupakan bekas hakim Mahkamah Syariah Kelantan ada mendedahkan bahawa di Kelantan pernah terjadi, ¨team pencegah maksiat〃 menyalahgunakan kuasa yang beroperasi dengan memeras mangsa menyerahkan barang kemas dan wang.

Setelah isu intipan dibangkitkan oleh Menteri Agama baru-baru ini, banyak tulisan dari mangsa-mangsa Jabatan Agama Islam terpapar dalam Facebook mereka. Dalam tulisan itu, dikatakan bahawa tindakan pegawai penguatkuasa tersebut merempuh bilik hotel dan bertindak keras, tanpa sempat mereka menutup aurat, walhal ketika itu mereka bersama suami mereka. Apabila dihalang, pegawai penguatkuasa agama itu mendakwa bahawa mereka bertindak sebegitu untuk memastikan bukti bersekedudukan tanpa nikah itu tidak hilang.

Didapati kejadian sebegini bukan terpencil, malahan terdapat banyak kes yang melibatkan orang awam yang tidak bersalah menjadi mangsa. Boleh dikatakan, hampir semua mendedahkan sepakat bahawa tindakan penguatkuasa agama tersebut amat tidak berakhlak dari penguatkuasa Jabatan Agama Islam ini, seperti tidak memberi salam, mengetuk pintu dengan kuat dan sebagainya.

Dalam merungkai perkara ini, dibawakan beberapa wacana berikut:

Satu: Dosa dan hukuman di dunia

Dalam fiqh Islam, terdapat perbincangan antara "diyanatan" dan "Qadhaan", iaitu sesuatu hukum di sisi agama (diyanatan) dan hukum di sini undang-undang (Qadhaan). Dengan demikian, terdapat kes bahawa sesuatu itu dianggap sah di sisi agama, tetapi tidak sah di sisi undang-undang.

Contohnya, seseorang suami yang telah menceraikan isterinya di rumah. Dari sudut agama (dinayatan), talak sudah jatuh. Tetapi, memandangkan berlaku di rumah, makanya selama belum diputuskan di peringkat mahkamah oleh hakim sebagai jatuh talak, dari sudut undang-undang (Qadhaan) perempuan yang ditalak tetap tidak dapat berkahwin dengan lelaki lain, walaupun mengikut jarak masa dari awal ditalak di rumah, iddahnya sudah habis.

Kadang-kala ia sah dari sudut undang-undang, tetapi tidak dikira sebagai dosa di sisi agama. Contohnya, langgar lampu merah adalah satu kesalahan dalam undang-undang, tetapi tidak berdosa di sisi agama.

Ada pula, ia dianggap salah di sisi agama dan salah di sisi undang-undang. Contohnya, kesalahan memfitnah zina atau liwat kepada seseorang, yang dari sudut agama, amalan itu adalah dosa dan salah dari sudut undang-undang.

Secara dasarnya, dosa dan pahala adalah urusan yang melibatkan kepada kepercayaan (aqidah). Justeru, penentuannya tertakluk kepada apa yang disebut dalam wahyu, sama ada al-Quran dan al-Sunnah. Implikasi dari dosa adalah penentuan kecelakaan dan implikasi pahala adalah mendapat penentuan kebahagiaan di akhirat.

Manusia tidak mempunyai sebarang hak dalam penentuan dosa dan pahala. Ini kerana, penentuan dosa dan pahala adalah perkara akhirat, sedangkan manusia tidak dapat memahami perkara akhirat kecuali apa yang diberitahu melalui khabar sadiq (Melayu: berita benar) menerusi wahyu.

Penentuan dosa perlu melalui teks wahyu, sama ada berbentuk larangan, atau penentuan azab, atau berbentuk laknat, atau janji kecelakaan. Ekoran itu, tidak menunaikan solat dianggap sebagai dosa, kerana dalam teks wahyu ada menyatakan kecelakaan bagi mereka yang tidak menunaikan solat; mengumpat dianggap dosa, kerana dalam teks wahyu menyatakan azab bagi mereka yang mengumpat. Demikianlah bagi dosa menipu dalam perbualan harian dan begitulah selainnya.

Dalam pada itu, tidak semua perkara yang dianggap dosa, maka perlu diwujudkan undang-undang. Dengan demikian, tidak pernah terjadi pada zaman Nabi Muhammad menetapkan hukuman bagi mereka yang tidak menunaikan solat, tidak wujud hukuman bagi mereka yang tidak berpuasa dan sebagainya.

Ini kerana, undang-undang tidak diasaskan kepada dosa, tetapi berasaskan kepada menolak kerosakan dan keburukan. Ekoran itu, ada perkara itu tidak dikira sebagai dosa, tetapi ada hukuman dari sudut perundangan, seperti melanggar lampu merah.

Dalam pada itu, terdapat beberapa hukuman itu dikira sebagai dosa, seperti rasuah, menipu dalam perniagaan, pengkhianatan terhadap harta manusia dan sebagainya.

Dari penjelasan di atas, dapat disimpulkan bahawa terdapat dua perkara yang menjadi perbahasan Islam, iaitu (a) kesalahan bersifat awam, sama ada dikira berdosa atau tidak, dan (b) dosa yang bersifat peribadi atau moral.

Hukuman dalam Islam adalah pada kesalahan-kesalahan yang bersifat awam, dan dapat memberi kerosakan kepada orang lain, seperti mencuri, menyeleweng, membunuh dan sebagainya. Namun, bagi kesalahan dan dosa yang bersifat peribadi dan moral, Islam tidak menetapkan sebarang hukuman.

Ekoran itu, pesalah zina, walaupun berdosa, Islam tidak menentapkan hukuman selama ia tidak dilakukan sehingga mengganggu khalayak awam, seperti dalam al-Quran menetapkan sehingga dapat dilihat oleh empat orang yang baik dan beragama dengan mata kepala mereka. Demikian juga, tidak pernah Islam menetapkan hukuman bagi mereka yang tidak menunaikan ibadat sembahyang, walaupun Islam melihat dosa tidak menunaikan solat antara dosa-dosa yang paling besar. (1,2)

热门新闻

阅读全文

贩卖机咖啡味道怪打开惊见都是虫子 女子入住ICU险丢命

阅读全文

“我们来看你了!”  大马奶爸相隔7年赴华探望暖暖

阅读全文

金靖无预警宣布怀孕 原因曝光

阅读全文
示意图(图取自网络)

中国将首次在太空养鱼

阅读全文

我被人身攻击 但我绝不放弃

阅读全文

研究:EPF“灵活户头”恐成提款机 【东方头条】2024-4-26

阅读全文

刘国伟:回首二十,坚持初心

名家

1980年新加坡南洋大学的关闭,是新马华人母语教育黑暗的一页,许多热爱华教人士对此事仍耿耿于怀。1982年,由董总与教师...

阅读全文

谢诗坚:中美贸易战的背后动机

名家

中美的贸易战自今年6月正式“开打”以来,只有升级而没有缓解的余地。除了美国政府将由华进口的货值征税从500亿美元(207...

阅读全文

风雨无阻安华拜相之路

名家

举国关注的波德申国会议席补选,距离10月13日投票日还有数天之际,一直被传与希盟候选人安华不和的首相马哈迪,在10月8日...

阅读全文

陈锦松:中国身份成移居障碍?

名家

马来西亚内阁10月1日决定暂时冻结自2002年起实施让外国人定居我国的“第二家园”计划申请,这对有意拓展或已投资我国房地...

阅读全文

郑庭河:成熟才能投票?

名家

坊间某些人担心18岁的青少年或许“不够成熟”,不太适合投票。质言之,这里或有一点点“迷思”,因为某些公民权利的赋予,不一...

阅读全文

孙和声:公共收支的挑战与出路

名家

政府要钱,应从那儿找?除了少数的油气盛产国外,无非就是从税收著手。政府规模越大,就得找更多的税收,也就是天下没有白吃的午...

阅读全文

李的洺:贫富悬殊不是种族问题

名家

希盟政府在野时,口口声声说要建筑一个新马来西亚,各党领导人也一直强调,该盟一旦执政中央政权,全民利益将会是希盟执政纲领,...

阅读全文

万吉:灾难时的滑稽谬论

名家

最近,苏拉威西岛被海啸侵袭。一名被称“能引领穆斯林世界的宗教师”(本地一个宗教师“选秀”节目参与者称号)的宗教人士,在推...

阅读全文

郭朝河:延禧攻略之GST与SST

名家

不只是政党,很多人现在还在为销售及服务税(SST)及消费税(GST)的执行优劣争执不休,彼此都抨击对方的政策导致百货齐涨...

阅读全文

Terence Fernandez:波德申补选安华不轻松

名家

当拿督斯里安华考虑重返政坛时,他曾想过让妻子,即班登国会议员兼副首相拿督斯里旺阿兹莎辞职,制造补选让他上阵。这也是许多选...