在触摸猪课题上,伊斯兰学者各有不同的观点。

每次迎接农历新年时,都会以一种生肖为主题。今年,生肖轮到猪。虽然世界上其他穆斯林社会,对猪没有任何负面观感,但在马来人社会,普遍对猪感到不自在。

马来人社会对猪的不安,就像他们对狗一样。这种焦虑不是基于宗教,而是源自对宗教的诠释。从马来人文化角度来看,这两种动物令人厌恶,甚至“狗”或“猪”等同于咒骂人的字眼。事实上,如果被称为狗或猪,肯定会引起当事人愤怒。

伊斯兰之诠释

在《可兰经》,只在两个情况下谈及猪:一为禁止吃猪肉;二为,用以称呼不遵守上帝指示的犹太人,是咒骂的称号。在《圣训》,除了禁止吃猪肉外,也禁止猪和猪油的买卖。从这两个与猪有关的经典,伊斯兰学者一致同意,禁止吃猪肉和出售食用的猪油。

除了在食用方面看法一致外,伊斯兰学者对猪在其他用途上却有不同看法,例如用猪皮制成的服装(鞋子、钱包等),有些人认为可以,另一些则禁止。

在讨论伊斯兰课题时,离不开两项事:伊斯兰和对伊斯兰的诠释。所谓伊斯兰,指的就是伊斯兰经典,即《可兰经》和《圣训》。这两部经典是神圣的。另一种是对伊斯兰的诠释,这关乎人的思想。

从伊斯兰的诠释,就衍生出不同教派。在伊斯兰世界,有沙菲益(Syafie)、哈纳菲(Hanafi),罕百里(Hanbali)和玛利基(Maliki)教派。在马来西亚,沙菲益教派是主流教派。

在猪的问题上,沙菲益教派认为,猪不只应禁吃,更视为非常不洁,这也包括狗,也就是说,当手触摸到猪后,应用水清洗7次,其中一次是要用含有沙土的清水。

这与处理触摸其他不洁的东西,如尿液、粪便等有所不同,后者通常只须消除掉3种东西就可,即气味、味道和颜色,有时只需用清水冲洗几次就行。

限于禁食非触碰

沙菲益教派如此认为,因为他在比较经典里处理狗的条规后得出结论:《圣训》指出,使用被狗舔过的容器前,一定要清洗7次,其中一次是含有沙土的水。对沙菲益教派言,猪比狗更糟,因此更需要以此法洗涤。

这种观点与一些穆斯林学者不同。他们认为,在伊斯兰启示文中没有一节经文说明接触猪的手必须洗净。因此,他们认为触摸猪没有问题,也不强制清洗触摸猪的手。至于禁令,他们认为,这只限于禁食,而不是接触。

基于此理由,他们认为穿上使用猪皮制的衣服并不是一个问题。因此,我们可在一些阿拉伯国家发现,尽管他们的伊斯兰信仰比我国的穆斯林还强,但当穆斯林穿上猪皮制的鞋子或用猪皮制的皮包时,并不会在他们社会成为一项课题。

马来人对猪的厌恶,使它成为了一种侮辱的象征,加上马来西亚穆斯林以沙菲益教派为主,使他们对猪的厌恶,越来越严重。因此,几年前当吉百利巧克力产品,据说可能含有猪的基因时,在媒体上引起议论,甚至连社交媒体上也热议。

然而,在世界的伊斯兰学者中,包括著名的尤索卡拉达维(al-Qaradawi),他们与马来西亚的马来社会一般认知有所不同,甚至卡拉达维颁布教规指,任何食物附有猪基因,并不算违返教规,反之可以食用。

难以避免不洁基因

他的立场是基于几项原则。其一为,在当今世界,很多东西难以避免与不洁动物的基因有关系,如日常用水──穆斯林在祈祷前都会用水洁身。更重要的是,没过滤的水肯定会混合很多东西,这包括粪便。

总结而言,首先,《可兰经》、《圣训》和伊斯兰学者的教规都禁止吃猪肉。其次,虽然《可兰经》和《圣训》没有提到禁止触摸猪,但伊斯兰学者针对触摸猪后是否要清洗的课题,持有不同的观点。基于大马穆斯林是依据沙菲益教派,因此教规规定,触摸猪后应用水清洗7次,其中一次须用含有沙土的水。

第三,基于一些伊斯兰学者教规,没强制触摸猪后要清洗,因此就不惊讶在一些阿拉伯国家,穆斯林穿上猪皮制的鞋子和使用猪皮制的皮包。

《伊斯兰和马来人如何看猪》(Pandangan Melayu dan Islam terhadap babi)原文:

Setiap kali sambutan Tahun Baru Cina, pasti akan ada tema binatang yang akan diangkat. Pada tahun ini pula, diberitakan tema babi yang bakal diangkat.

Walaupun tidak ada apa-apa yang negatif dalam masyarakat Islam di  dunia, tetapi pada masyarakat Melayu -- umumnya tidak selesa dengan babi.

Kegelisahan masyarakat Melayu terhadap babi, sama seperti kegelisahan mereka terhadap anjing. Kegelisahan ini bukan berfaktorkan agama, tetapi tidak lebih sebagai penafsiran agama sahaja.

Dari sudut kebudayaan Melayu pula, dua ekor binatang ini dianggap amat jijik – sehinggakan ungkapan “anjing” atau “babi” amat sinonim dengan maki hamun. Malahan, jikalau dipanggil sahaja anjing atau babi, pasti panggilan itu membangkitkan kemarahan.

Dilarang makan

Dalam Al-Quran, ada dua keadaan sahaja yang menyebut berkenaan dengan babi - dilarang makan daging babi, dan gelaran kecelakaan kepada Yahudi yang tidak mengikut perintah Tuhan.

Dalam Hadis pula – di samping pengharaman memakan daging babi, dinyatakan juga pengharaman jual- beli babi dan lemak babi.

Dari dua sumber ini - yang berkaitan dengan babi - para ilmuwan Islam sepakat dalam menyatakan pengharaman dari memakan daging babi dan menjual lemak babi dengan tujuan dijadikan makanan.

Pun begitu, dalam hal selain dari sudut makanan, ilmuwan Islam berbeza pendapat berkenaan dengan babi - seperti pakaian yang diperbuat daripada kulit babi (kasut, dompet dan sebagainya). Ada pihak yang membenarkan, tidak kurang juga yang melarang.

Pakaian

Perbincangan Islam tidak boleh terlepas dari dua perkara: Islam dan penafsiran terhadap Islam. Apabila disebut Islam, sudah pasti yang kelihatan adalah sumber Islam, iaitu al-Quran dan al-Hadis. Kedua-dua ini dipercayai suci. Yang satu lagi, penafsiran terhadap Islam. Ia ada kaitan dengan akal fikiran manusia.

Dari penafsiran Islam itu, maka lahir apa yang dikenali sebagai mazhab. Dalam dunia Islam ini, terdapat mazhab Syafie, Hanafi, Hanbali dan Maliki. Pada masa yang sama, mazhab Syafie adalah mazhab yang mendominasi dalam pengamalan muslim di Malaysia.

Dari isu babi ini, mazhab Syafie berpendapat bahawa, babi bukan sekadar haram dimakan, malah babi dianggap sebagai najis yang berat –termasuk juga anjing- iaitu apabila tangan menyentuh babi, maka wajib dibasuh tangan itu dengan tujuh kali basuh, salah satunya dengan air tanah. Ini berbeza dengan najis yang lain, seperti air kencing, tahi dan sebagainya – ia dibasuh dengan sekadar menghilangkan tiga perkara sahaja: bau, rasa dan warna yang kadangkala cukup sekadar dengan menjiruskan air beberapa kali.

Mazhab Syafie menganggap begitu kerana beliau membandingkan hukum anjing – Hadis menyatakan bahawa untuk menggunakan bekas air yang pernah dijilat anjing, bekas terbabit wajib dibasuh tujuh kali basuh, salah satunya dengan air tanah. Pada mazhab Syafie, babi yang lebih teruk dari anjing, sudah pasti lebih perlu dibasuh dengan basuhan sebegitu.

Pendapat ini berbeza dengan sebilangan ilmuwan muslim. Mereka berpendapat bahawa tiada satu ayat dari teks wahyu yang menyatakan bahawa tangan yang menyentuh babi itu wajib dibasuh. Justeru itu, mereka berpendapat tidak salah menyentuh babi dan tidak perlu dibasuh tangan yang menyentuh babi. Adapun larangan –mereka menyatakan - ia terkhusus pada larangan makan, bukan sentuh.

Atas alasan itu juga, mereka berpendapat tidak menjadi kesalahan memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit babi. Sebab itu, kita mendapati di beberapa buah negara Arab - walaupun keislaman mereka jauh lebih kuat berbanding muslim di Malaysia, tidak menjadi sebarang isu dalam masyarakat mereka apabila wujud muslim yang memakai kasut atau dompet yang diperbuat daripada kulit babi.

DNA Babi

Kebencian masyarakat Melayu terhadap babi sehingga ia dijadikan bahan makian, ditambah pula pendekatan mazhab Syafie yang menjadi pegangan masyarakat Melayu di Malaysia menjadikan sentimen mereka terhadap babi semakin menjadi-jadi. Maka dengan sebab itu, tercetusnya satu perdebatan di media beberapa tahun lalu berkenaan isu Coklat Cadbury – kononnya ada DNA babi, sehingga hangat diperbincangkan di media sosial.

Pun begitu, dalam kalangan ulama dunia - antaranya al-Qaradawi – mereka mempunyai pandangan yang berbeza dengan sentimen kebiasaan masyarakat Melayu di Malaysia, sehingga beliau memfatwakan bahawa DNA babi yang melekat pada sebarang makanan tidak dikira sebagai haram, malah halal dimakan.

Beliau berpendapat sebegitu atas beberapa dasar. Antaranya, dalam dunia pada hari ini, banyak benda yang sukar dielak dari terkena DNA binatang yang haram, seperti air yang digunakan seharian – umat Islam selalu menggunakannya untuk berwudu’ sebelum menunaikan solat. Apatah lagi, air yang sebelum ditapis dan diproses, sudah pasti mendapat campuran pelbagai perkara termasuk najis.

Penutup

Dari tulisan ini, dapat disimpulkan seperti berikut:

Pertama, al-Quran, Hadis dan fatwa para ulama Islam menyatakan bahawa daging babi haram dimakan.

Kedua, walaupun al-Quran dan Hadis tidak menyatakan larangan menyentuh babi, tetapi para ulama Islam berbeza pendapat dalam hal – apakah anggota yang tersentuh babi itu wajib dibasuh? Memandangkan rata-rata muslim di Malaysia mengikut mazhab Syafie, makanya menyentuh babi difatwakan sebagai wajib dibasuh dengan tujuh kali basuh dengan air biasa – salah satu darinya mesti air bercampur tanah.

Ketiga, memandangkan ada fatwa sebilangan ulama Islam bahawa sentuh babi tidak wajib  dibasuh, makanya tidak hairan terdapat beberapa kejadian di negara Arab – muslim di sana memakai kasut atau dompet yang diperbuat daripada kulit babi.

热门新闻

阅读全文

航空公司推“盲盒航班” 目的地未知仍吸引6千人疯抢票

阅读全文

【陈狄克逝世】娱乐圈大咖送花牌 佘诗曼署名揭亲戚关系

阅读全文
示意图

人夫死后留下许多遗产 小三竟用冷冻胚胎产子争产

阅读全文

TRX再迎重量级租户 蚂蚁国际来了!

阅读全文

【你怎么看】“30岁买房” 只是个梦想?

阅读全文

巴士司机报案假官员截查 JPJ证实是“便衣执法”

阅读全文

黄瑞泰:华校老师当自强

名家

今天的教育发展需求日益专业,老师的教学专业相关课题笔者日前也曾经针对相关议题发表了看法。回到华教运动的脉络,作为一个以社...

阅读全文

刘国伟:打选战需谨言慎行

名家

不管是来自什么政党的候选人,打赢选战一般都没有捷径,必须深耕细作与民同在,或是提出正面实质的政治论述,方可真正得到选民的...

阅读全文

麦翔:经济发展的快车道——再三与马哈迪商榷

名家

笔者之前撰文呼吁马哈迪放弃种族主义偏见,集中资源导引马来人成为自力更生的民族,以便共同致力于建国。您会感到“困难更大”?...

阅读全文

陈海德:道义抑或无奈?

名家

原本拟定于7月份在我国举行的2019年残奥游泳锦标赛,因我国政府毫不退让禁止以色列运动员入境参赛,首相马哈迪甚至称该国是...

阅读全文

谢诗坚:金马仑补选救了巫统?

名家

虽然金马仑国会议席的补选并不会影响政权的改变,但它所展现出来的意义却是关系到国家未来政局的走向。尤其对于大选后巫统的未来...

阅读全文

【名家】李慧珊:高原的败仗——政府与公众预期距离与现实作用

名家

2018年5月9日,国人通过了合法选举程序,实现了马来西亚历史上首次的政党轮替,也见证了在国家政治议程推演的过程中民众所...

阅读全文

庄仁杰:政治的品格

名家

金马仑补选已经落幕,国阵候选人南利以明显差距胜出。这次补选显示政治版图并未大幅度变动、巫伊合作的格局与力量,以及希盟的政...

阅读全文

【名家】苏河良:独中老师的悲歌

名家

教育部史无前例为独中拨款1200万,各州政府也各自拨款给于州内学校,例如雪州政府固定每年200万拨款给四独中,霹雳州政府...

阅读全文

余澎毅:小心国阵卷土重来

名家

历时14天的金马仑补选,国阵候选人成功结合了巫统和伊党的选票,击败了缺乏游子票的希盟候选人。这也是国阵在去年沦为在野党后...

阅读全文

李的洺:异议声

名家

20年的朝野政党的政治恶斗,终于在成功改朝换代后,有了一个结果,大马人民真的否决了,他们认为的霸权政治,终结了执政61年...